Kekal Bersama :-

Monday 11 February 2013

TOLONG FAHAMI SAYA

Ciptaan: Ukhty Syifa Humairah


Bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..

alhamdulillah hari ini Allah masih memberikan ana peluang untuk menukilkan sesuatu yang menjadi lumrah dalam kehidupan..jika kita tengok pada tajuknya TOLONG FAHAMI SAYA, agak-agak sahabat lah kan apa perisian yang cuba disampaikan??cuba teka..hehe..tak dapat teka..tidak mengapa..biar saya bagi jawapannya..



Perkongsian ana pada hari ini berkisahkan tentang keinginan manusia untuk difahami..sudah sebati dalam diri kita dengan sifat yang ingin difahami dan memahami..betul kan?? insyaAllah kali ini ana tergerak hati untuk berkongsi satu lembaran kisah realiti seorang hamba Allah..dia seorang perempuan..eh kenapa perempuan pulak ana ambil..kenapa tak lelaki?? Ana muslimah dan ana tak tahu apa keinginan lelaki..apa yang ana kongsikan ini adalah perkongsian cerita dari hamba Allah itu..siapa dia tak perlulah kita tahu..cukuplah sekadar apa yang cuba dia sampaikan itu kita jadikan satu pengajaran dan ambil isi-isi penting..eh macam baca karangan SPM pulak..hehe..tak apa kan??sekali sekala..selamat membaca.. :D



“aku seorang wanita yang mungkin di luar nampak kuat kerana manisnya senyuman yang aku ukirkan setiap masa namun pada realitinya aku adalah hamba Allah yang lemah..setiap penderitaan dalam diriku hanya Allah yang tahu..betapa sakitnya hati,sebak dadaku melihat apa yang sedang terjadi dengan dunia kini..semuanya kembali semula ke zaman jahiliyah.. aku hanya berharap pada Allah agar Dia memberikan aku kekuatan untuk teruskan kehidupan yang semakin hari semakin merunsingkan aku..ya Allah ampunilah aku..aku tak layak kata macam tu..tapi aku tak mahu untuk terus tipu diri sendiri..itu bukan diriku..inilah realiti yang harus aku hadapi sepanjang kehidupanku..hampir setiap masa Allah mendugaku..ya itu tandanya Allah sayangkan aku..alhamdulillah..kadang-kadang tu aku tersungkur di jalan kerana terasa amat berat ujian yang Allah berikan kepadaku..aku hanya mampu bangkit dengan adanya keyakinan..ya keyakinan bahawa Allah ingin membantu aku dalam meniti kehidupan..untuk menenangkan hatiku sendiri,aku meluahkan semuanya dalam bibit doa dan alunan ayat-ayat cinta dari Nya iaitu al Quran..setiap ayat dan baris aku meneliti maksudnya ya Allah betapa indahnya dan betapa tenangnya di saat itu.. selepas aku membaca al Quran,aku sambung mencari ilmu dalam sebuah buku yang bertajuk penenang jiwa hasil karya Imam Al Ghazali yang telah diterjemahkan..mataku tajam merenung potongan ayat cinta dari Allah yang berbunyi : Allah tidak akan membebani seseorang di luar batasan dan kemampuan hambaNya..

Ya Allah aku merasakan aku seperti tidak ikhlas menerima ujian yang ditimpakan sebelum ini sebab setiap kali Allah duga aku,aku mesti mengeluh..sedangkan itulah yang terbaik untuk aku rasakan..astagfirullahalazim..ya Allah maafkan aku..jahilnya aku sampai mata hatiku dibutakan dengan begitu senang..aku hanya memandang pada luaran ujian..aku lupa tentang kemanisan yang Allah akan berikan kepada aku setelah aku berjaya menempuh ujian itu..aku lupa..sejak hari itu aku cuba untuk berusaha untuk memahami dengan menerima semuanya dengan hati yang ikhlas..aku nak tahu apa itu erti kemanisan dalam kepahitan..hari demi hari kehidupanku beransur pulih dan jiwaku semakin hari semakin tenang..kerana Allah tidak mahu aku terlalu lalai, Allah menduga aku lagi..orang-orang di sekelilingku mengecewakan hatiku..ya Allah kuatkan aku menghadapinya..rasa sakit kerana kasih sayang itu tercalar..orang mempermainkan perasaan aku..aku terduduk dan hanya mampu mendiamkan diri..dek kerana tak nak orang lain nampak aku sedih,aku cuba untuk menjadi diri orang lain semata-mata untuk menceriakan orang lain sedangkan dalam diri aku sendiri terlalu banyak kepahitan yang aku pendam ..tak tahu kenapa aku lebih pentingkan perasaan orang lain daripada perasaan sendiri..kerana terlalu lama menjadi diri orang lain,aku mula tak mengenali diri sendiri lagi..setiap malam aku menangis dan memohon padaNya agar aku mampu kenali semula diri aku..mencari sesuatu yang hilang dalam diri setelah beberapa tahun aku bukan jadi diri sendiri..serius susah sangat..macam-macam benda yang terpaksa aku redah untuk aku balik pada diri aku yang asal..penat jadi diri orang lain..aku cuba mendapatkan nasihat dari sahabat-sahabatku..


 “ awak pergilah menyepi seketika..insyaAllah awak akan temui apa yang awak cari..keadaan kat sini tak sesuai untuk awak mencari kembali apa yang hilang dalam diri awak..malah jika awak terus ada di sini akan membuatkan awak makin jadi orang lain..sifat awak yang terlalu mementingkan perasaan orang lain tu yang mengundang awak jadi macam ni..awak perasaan awak sendiri pun perlu di ambil berat..jangan hanya perasaan orang lain je awak titkberatkan..” kata sahabatku..


 aku hanya mampu menjawab “bukan apa,saya tak kisah kalau saya selalu menangis sebab tak difahami orang tapi saya tak nak orang lain menangis dan cakap kat saya yang saya tak memahami mereka..”

“ awak ada ketika kita perlu berterus terang..jangan terlalu layan dan mudah tergoda dengan perhatian orang..awak buatlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri awak dan orang lain..bukankah itu lebih baik? Kadang-kadang mengungkapkan kebenaran itu pahit tapi pada akhirnya kelak awak akan dapat merasai kemanisan yang tak terhingga..percaya lah awak..cukuplah awak menagih perhatian dari Allah.. Dia tahu apa yang terbaik untuk awak..” balas  sahabatku..

“ baiklah awak..kalau macam tu saya akan pergi menyepi..”sapa aku kembali..

“ semoga Allah mempertemukan awak dengan apa yang cari selama ni..saya doakan awak..pesan saya satu je..tika awak berusaha mencari,jangan berputus asa..teruskan walaupun adanya halangan sekuat mana pun yang akan datang pada awak..mungkin kita tak mampu menjadi setabah Siti Hajar dan Sumaiyah tapi kita harus mencontohi seperti mereka,tegar dalam menghadapi dugaan dari Allah..yakinkan diri awak ye..” pesan sahabatku..
“ baiklah awak..terima kasih untuk segalanya.”

Aku pergi ke suatu tempat yang amat tenang..hari demi hari apa yang aku cari kini mula muncul di hadapanku..walaupun aku masih belum mampu menggapainya namun aku tetap mengejarnya dengan pengharapan kepada Allah agar segera di pertemukan aku dengan diri ku semula..ya Allah terima kasih..kini Allah masih membantu aku dalam usahaku mengenali diri aku yang sebenarnya..Allah menganugerahkan seseorang yang datang untuk memberikan aku semangat di saat aku jatuh tersungkur..Allah menceriakan hari-hariku dengan adanya kehadiran dia..ya Allah terima kasih.. kini aku temui dan aku bersyukur kerana Allah kurniakan apa yang aku kehendaki..kehidupan aku sebagai seorang muslimah dan mujahidin telah tercapai..ilmu yang aku miliki masih sedikit..tak mengapa aku akan teruskan usaha aku untuk mencari,menimba,mengamalkan dan berkongsi bersama sahabat-sahabat aku..insyaAllah..aku bahagia dengan apa yang aku dapat pada hari ini..aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana masih memberikan aku kesempatan untuk aku menjadi seorang muslimah yang sangat menjaga titipan anugerah dari Nya..walaupun pada mulanya sangat sukar namun sedikit makin sedikit kesusahan untuk sudah sebati dalam diriku.. :D

Ini memang realiti yang pernah aku sendiri alami..aku belajar banyak benda tentang memahami dan untuk difahami..memahami orang lain tu perlu tapi jangan sampai kita menipu diri sendiri..ungkapkan kebenaran walaupun ia terasa pahit untuk di katakana mahupun di dengari..kepada kaum hawa di luar sana..jaga diri kalian sebaik yang mungkin..sifat perempuan yang sangat suka dan menginginkan perhatian(difahami) lebih-lebih lagi dari orang kita sayang itu memang tak lekang..betul tak? Tapi hati-hati dan pelihara hati dan perasaan kalian sebaik baiknya ye...jangan menyesal di hari kemudian sudah..ok? sekian..”

ha macam mana sahabat ana.??maafkan ana ye jika nukilan ini tidaklah berapa menarik..ana berharap nukilan ni sedikit sebanyak membantu..jika ada salah dan silap ana memohon maaf..dan tegurlah ana ye..salam ukhuwah fillah  dari ana..assalamualaikum.. :D

Thursday 31 January 2013

'post' tanpa tajuk 14


'post' tanpa tajuk 13


'post' tanpa tajuk 12

"pandang dan kenali dunia dengan cara yang berbeza" - bakal Prof Dr Nurul Baity Abdullah 

'post' tanpa tajuk 11

"kamu akan berjaya kalau kamu yakin. tetapi jika terlampau yakin, kejayaan itu akan menjadi sukar" -bakal Prof Dr Nurul Baity Abdullah

'post' tanpa tajuk 10

"saat kita sedang gembira, kita akan terlupa segalanya. tetapi saat kita sedih, kita akan memaksa diri untuk memiliki semuanya."

'post' tanpa tajuk 9