Kekal Bersama :-

Tuesday, 26 June 2012

TRUTH OR DARE

'Truth or Dare' adalah sebuah permainan lapuk yang dah biasa sangat orang main. Kadang-kadang orang akan anggap permainan ni cuma untuk budak-budak saja.

Pernahkah kamu kaitkan permainan ni dengan kehidupan seharian?

Alat yang sering digunakan untuk menentukan giliran seseorang itu adalah seperti botol kosong, gunting, pensel dan sebagainya. Permainan ini akan dimainkan oleh 3 orang ahli atau lebih. Tambahan itu, permainan ini dimain dalam bulatan. Alat yang dipilih diletakkan di tengah-tengah bulatan dan akan diputar. Alat tersebut dibiarkan berputar sehingga berhenti dan mengarah ke seseorang. Seterusnya, ahli itu perlulah memilih sama ada mahu nyatakan sebuah kebenaran dan kejujuran atau menerima cabaran yang akan ditentukan oleh ahli lain.




=Truth=
Sebagainya manusia yang lemah dalam menjalani kehidupan ini, kita sering didatangi dengan pelbagai perkara yang tidak dijangka. Mereka yang tidak bersedia untuk menghadapinya kadang-kadang lebih selesa untuk memendam perasaan tersebut.
Perasaan sedih, gembira dan sebagainya yang kita sembunyikan daripada orang lain atas sebab-sebab tertentu akan terbongkar.


Contohnya apabila kita kecil hati dengan sahabat kita sendiri. Sebagai sahabat yang mementingkan perasaan sahabatnya, mana mungkin dia sanggup melukakan hatinya. Dengan itu, si sahabat yang makan hati ini akan memilih jalan untuk mendiamkan diri dan menyimpan sahaja perasaannya yang luka itu sendirian. Apabila si sahabat yang memendam rasa ini memilih 'truth', dia haruslah menyatakan kejujuran dan kebenaran yang disimpannya tadi.


'Truth' bukan untuk menyaibkan sesiapa. Tetapi 'truth' adalah penyelamat bagi mereka yang bersikap memendam rasa.
'Truth' pada aku adalah satu-satunya cara untuk aku mengenali apa pendapat orang tentang diri aku.
Sebagai manusia, kita perlu cari seberapa ramai rakan yang mampu menegur kesilapan kita. Bukan cari kawan yang menentukan siapa kita.


=Dare=
Kita tidak akan dapat lari dari dugaan Tuhan. INGAT! Kita tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita lalui.


'Dare' dalam permainan lebih senang.
Andai kata cabaran yang diberikan oleh ahli lain tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna, si penerima cabaran akan didenda.
Tetapi 'dare' dalam kehidupan sebenar... Sama ada kita bersedia ataupun tidak, dugaan yang datang harus diselesaikan dengan cara yang bijak.
Nak lari dari dugaan?
Larilah sejauh mana pun, dugaan itu tetap akan datang. Malah, dugaan itu tidak akan hilang dan selesai begitu sahaja. Makin jauh kita berlari meninggalkan dugaan tersebut, makin sukar dan rumit untuk diselesaikan.


'Dare' bukan untuk kita tunjuk pada semua bahawa kita ini kuat dan berani. Tetapi 'dare' adalah untuk kita buktikan bahawa kita juga mampu untuk lakukannya.
'Dare' pada aku adalah sumber untuk aku kenal siapa kawan dan siapa lawan. Dengan 'dare' juga, aku mampu buktikan pada dunia bahawa aku sudah cukup dewasa dan bersedia untuk melangkah lebih jauh.
Sebagai manusia, kita perlu harungi dugaan yang datang ikhlas kerana Tuhan. Sabar itu semestinya perlu. Tetapi bersyukur dengan apa yang ada adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Sesungguhnya ramai manusia yang mampu bersabar, tetapi tidak ramai yang mampu untuk bersyukur.






### If you want me to tell you the truth, I'll tell you the truth now.
Although you've hurt me so many time along our relationship, I've never keep it inside my heart. Plus, I'll still always love you like before and forever. The truth is, I hurt you not because you've hurt me. But I hurt you because I don't want you to leave.
I hope I could say the three words again before I die.
"I LOVE YOU~"


### You've dared me to always be at you side. And I've did it.
Do you remember how I calm you when you're sad?
I've let my shoulder dry your tears and I've made you laugh again.
Do you remember what I told you when you're happy?
I said, "Although I'm hurt because of something or someone, I'll always happy when I know your happy".
Now, it's time for me to dare you back!
Will you still remember me if I leave you without any reason?
Because I would like to see you come running towards me, hugging me and say that you love me.
Could you still forgive me if I done something bad and if I hurt you?
Because I want to know if you could put a side your egoism and forget everything just like what I've did.

No comments:

Post a Comment