melangkah mengenal dunia untuk mengenali diri sendiri DAN lebih matang dari yang sebelumnya
Kekal Bersama :-
Saturday, 7 July 2012
BERFIKIR ATAU BERANGAN
Fikiranku sering melayang jauh. Kadang-kadang, aku sendiri tidak tahu apa yang aku menungkan. Aku hanyut dalam khayalan. Aku sepi seribu bahasa tatkala mindaku sedang berenang-renang gembira di alam angan-angan.
Buih-buih langit yang menjelma dari kotak fikiranku, mentafsirkan bahawa aku ialah insan yang lemah dalam meluah kata-kata. YA! Aku mengaku, aku seorang pemendam rasa. Aku tertawa riang di khalayak ramai, tetapi menangis sendiri di dalam jiwa. Sikap angkuhku dalam meluah kata-kata bukan lagi persoalan utama saat aku tiba-tiba menitiskan airmata di hadapan mereka. Airmata yang mengalir di pipi seolah-olah jawapan bagi setiap soalan yang diajukan.
Aku memang lemah di dalam meluah kata-kata. Tetapi itu bukan alasan untuk mereka mempergunakan aku. Sebagai manusia, aku masih mampu merasa dan menilai setiap apa yang diperlakukan oleh mereka terhadapku. Diam yang aku tunjukkan bukan kerana tidak mahu membalas, tetapi diam aku adalah diam yang bermakna untuk mereka.
Pada aku, apa guna aku membalas setiap kutukan mereka. Sebab aku tidak layak menilai siapa mereka di mata ILAHI.
Pada aku, apa guna aku bermegah dengan setiap pujian yang diterima. Sebab aku tidak akan dapat apa yang aku miliki jikalau bukan keranaNYA.
Prinsip hidupku,
"manusia sebenarnya hanya mampu untuk bersabar di saat tenang tetapi masih tidak
mampu untuk bersyukur walaupun telah miliki segalanya"
Kesat kata-kata prinsip hidupku ini.
Tetapi itulah realitinya. Memang ramai manusia yang mampu untuk bersabar dengan setiap dugaan yang diterimanya. Namun begitu, apakah kesabaran mereka seimbang dengan kesyukuran mereka atas nikmat yang masih ada?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment