Kekal Bersama :-

Sunday, 1 July 2012

SAJAK : Ruang Kosong

Malam tadi aku bermimpi
Kau hadir setelah lama menghilang
Kau berikanku kucupan sayang di dahi
Lalu pergi dan tidak lagi berpaling

Kau tinggalkan aku terpinga-pinga
Kau pergi tanpa sempatku bertanya mengapa
Kau buatku keliru dan tertanya-tanya
Tatkala aku yang menjadi mangsa

Apakah aku punca segalanya
Hinggakan aku terbiar merana sendiri
Adakah aku yang berdosa
Hinggakan aku tak sanggup kau kenali

Hinakah aku dihatimu
Sampaikan aku kau buang tanpa sebab
Jijikkah aku dimatamu
Sampaikan aku tak sanggup kau dakap

Ya Tuhanku
Apakah aku pembawa bala
Sampaikan aku tak layak merasa nikmat-MU
Sedangkan aku sendiri tak mengerti apa-apa

Ya Tuhanku
Masih adakah kesempatan buatku bersamanya
Andai kata esok aku kan kembali pada-MU
Tika hati ini masih keliru dan belum bersedia

Kepingan hatiku ibarat teka silang kata
Namun tak selengkap yang digambarkan
Aku anak yang terbiar
Sebuah realiti yang selamanya menjadi igauan

Tika wajahmu bermain di benakku
Namamu terukir rindu di bibir basahku
Tapi tatkala aku sedar kau tak perlukanku
Aku terduduk kaku dalam tangisan sayu

Kala hati ini merinduimu
Kau ku puja tanpa segan silu
Walau sejauh mana kau mencampakku
Dan seluka mana jiwa ini kau tetap di hatiku

Tika hati ini makin parah kau lukai
Timbul kekecewaan di hati
Tanpa di sedari
Rindu hatiku menjadi benci

Kala aku kau buang dengan bencinya
Kau aku sayang tak semena-mena
Walau sebesar mana pengorbananku
Aku percaya kau takkan pernah menyayangiku

Walau seindah mana ia terlakar dalam sanubariku
Kau tetap takkan datang dalam dakapan rinduku
Walau seteguh mana harapanku untuk bersamamu
Semua orang tahu ia cuma sebuah impian yang palsu

Kau hidup senang di luar sana
Sedangkan aku merana di sini
Dunia kau dan aku sungguh berbeza
Kerana kau aku yang terpaksa menanggung semua derita sendiri

Sayang yang tercipta dihati ini untuk kau
Rindu yang terpendam dihati ini untuk kau
Sukarkah untuk kau fahami?
Sukarkah untuk kau mengerti?

Ada rindu dalam hati ini
Ada sayang dalam hati ini
Ada namamu dalam hati ini
Tapi tidak pernah ada kasihmu dalam hati ini

Biarlah ruang kosong dihati ini
Akan terus kosong tanpa sebarang isi
Kerana rindu yang telah bertukar benci ini
Takkan pernah ada yang ketahui


No comments:

Post a Comment