Kekal Bersama :-

Saturday, 30 June 2012

ANTOLOGI CINTA

Antologi, secara harfiah diturunkan dari kata bahasa Yunani yang bererti "karangan bunga" atau "kumpulan bunga", adalah sebuah kumpulan dari karya-karya sastra. Awalnya, definisi ini hanya mencakupi kumpulan puisi (termasuk syair dan pantun) yang dicetak dalam satu volume. Namun, antologi juga dapat bererti kumpulan karya sastra lain seperti cerita pendek, novel pendek, prosa, dan lain-lain. Dalam pengertian moden, kumpulan karya musik oleh seorang artis, kumpulan cerita yang ditayangkan dalam radio dan television juga tergolong antologi.


Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mahu melakukan apapun yang diinginkan objek tersebut.




Setiap insan diciptakan hidup berpasangan.
Mereka yang menolak cinta adalah insan yang rugi dalam merasai nikmat berkasih sayang yang telah diberikan oleh Si Pencipta.
Hargailah cinta yang datang seperti mana kamu menghargai dirimu yang tidak sanggup dilukai.

CINTA MONYET juga menarik untuk dirasai.
Aku mula merasai nikmat 'Cinta Monyet' itu ketika diusia 13tahun. Masa itu, aku mendefinisikan cinta itu sebagai ruang laman permulaan untuk meningkat remaja. Best la juga... Sebab 'boyfriend' tingkatan 4. :)
Putus sahaja aku dengan 'boyfriend' pertama, couple pula dengan budak-budak 'boyan', 'gila seks', 'kaki kikis', 'playboy' dan macam-macam lagi. Sejujurnya, kami bercinta tanpa pernah bersua muka. PELIK KAN?



Tanpa aku sedari, di dalam aku meniti alam percintaan yang tiada makna...aku disapa oleh seseorang. WAN ISKANDAR SYAHIR, nama diberi. :)
Sama seperti 'boyfriend' yang sebelum-sebelum ni, kami tidak pernah bertemu muka. Kami bercinta di alam sms. Aku mengenali si dia pada akhir tahun 2007. Ketika itu, aku masih dengan seseorang. Seseorang yang merupakan rakannya sendiri. Beberapa minggu selepas aku putus dengan rakannya, dia pula 'masuk jarum' tanpa aku pinta.




SERONOK bercinta dengan si dia.
Dia mengubah aku menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan, dia mendidik aku menjadi seorang anak yang bertanggungjawab, dia mengajar aku erti "CINTA SAMPAI SYURGA".


Alhamdulillah...
Hubungan kami kekal hingga ke hari ini. Sungguhpun tanpa sebarang perjumpaan rasmi.
Dengan adanya kekuatan dan keberaniannya, pada 22 September 2011...dia telah melamar aku.

YA ALLAH!
Semoga perancangan kami direstui. Amin~

No comments:

Post a Comment