Cinta itu wujud antara dua hati yang pada mulanya tidak pernah mengenali satu sama lain.
Semoga cinta yang kulakarkan mampu membuka hatinya yang tidak mengerti apa-apa.
Kerana...
Cinta yang paling indah dan teragung adalah cinta suci yang dipenuhi dengan kesyukuran dan kesabaran kita sebagai hambaNya.
Aku mengaku,
Cinta itu amat menyakitkan.
Cinta indah itu tidak pernah kupaksa untuk dirasai, dimiliki ataupun disaksikan oleh sesiapa.
Sungguhpun aku kecewa apabila cintaku dipersia-siakan dan dipermain-mainkan,
Aku tetap puas meluahkannya tanpa dia mengerti apa-apa.
Memang sukar untuk aku juga merasai cintanya yang tidak pernah terluah dengan kata-kata atau perbuatan.
Tetapi, dengan namaNya...
Aku percaya dan yakin bahawa dia juga mencintaiku.
Aku juga akui,
Cinta yang pernah kumiliki dulu adalah kenangan yang terindah dan sukar untukku lupakan.
Cinta yang sejak awal aku pelihara atas namaNya adalah cinta yang rela aku lepaskan.
Sungguhpun aku mencintainya seluruh ragaku,
Aku pujuk hati ini untuk cinta itu dikorbankan.
Memang berat untuk aku melepaskan dia.
Tetapi, dengan namaNya...
Aku paksa hati yang lara ini untuk hatinya dimiliki oleh orang lain yang lebih sempurna.
Cinta pada Tuhan adalah suatu kewajipan sebagai seorang hamba yang beriman dan kerdil disisiNya.
Cinta pada ibu dan bapa adalah lumrah sebagai seorang insan yang dibesarkan.
Cinta pada keluarga adalah sebuah kesimpulan daripada apa yang telah diajarkan.
Cinta pada sahabat adalah sebuah kesetiaan untuk menempuh dunia yang penuh dengan dugaan.
Cinta pada pasangan adalah sebuah luahan rasa cinta pada Tuhan.
No comments:
Post a Comment