Kekal Bersama :-

Sunday, 2 December 2012

Indahnya Nikmat

Ciptaan : Ukhty Syifa Humairah


Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah...


alhamdulillah hari ini Allah masih beri kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat semua..apa yang ana tulis ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman ana dan sahabat2 ana..semoga apa yang ana cuba sampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat yang lain pada masa hadapan..insyaAllah..:) selamat membaca..



hampir setiap masa,setiap detik Allah akan berikan kita sesuatu..semuanya dalam pelbagai bentuk..contohnya kesakitan,kesedihan,kegembiraan,rezeki,kesihatan,iman,islam dan sebagainya..namun sayang sekali masih ramai yang masih belum memahami dan bersyukur dengan apa yang kita semua miliki.. memang benar semua itu hanyalah pinjaman dari Allah tapi pernah tak kita semua terfikir kalau kita bagi orang pinjam sesuatu tapi orang tu tak jaga barang kita dengan baik,apa perasaan kita pada ketika itu?? tepuk ada tanya iman...seteruk macam mana sekalipun kita abaikan anugerah dan amanat dari Allah, Allah tak pernah nak ambil balik nikmat itu dengan sekelip mata..betul kan?? malah Allah Maha Pemurah dan Maha Pengampun..Allah masih berikan kita banyak peluang dan masa untuk menjaga amanat dan anugerah itu dengan baik..kalau Allah nak ingatkan kita pun Allah ingatkan kita dengan cara yang baik..contohnya kalau kita tersasar jauh Allah titipkan seseorang kepada kita untuk ingatkan..kalau kita lalai Allah hantarkan peringatan melalui kesakitan atau kehilangan sesuatu..banyak lagi cara Allah nak ingatkan kita..jadi bersangka baiklah kepada Allah..bagaimana caranya??senang saja...bila mulakan sesuatu bacalah basmallah..bila sudahi sesuatu sebutlah alhamdulillah..bila kita sakit,sebutlah alhamdulillah..dan tingkatkan amal ibadat kita kepada Allah..nah banyak benda yang boleh kita buat.. tapi benda-benda ini lah yang kita jarang buat sebab nampak kecil dan remeh temeh..kan?? selagi masa masih ada,manfaatkanlah sepenuhnya..jangan bila waktu semakin sempit baru nak buat semua benda..ketika itu dah tak jadi dah.. jadi di saat  ini masa kita masih ada.. cuba kita tanya pada diri kita sendiri..adakah kita dah buat dan jaga semua benda yang Allah berikan kepada kita dengan baik?? sejujurnya ana cakap,setiap kali ana buka fb ini kat home ana penuh dengan peringatan sahabat-sahabat ana yang tak jemu-jemu mengingatkan supaya menutup aurat dengan sempurna.. ana nak ucapkan terima kasih sangat sebab tak pernah jemu untuk tegur dan ingatkan setiap masa..Aurat itu pun satu anugerah yang terindah..bagi kaum hawa,aurat adalah mahkota yang sangat penting untuk dijaga dengan rapi dan sempurna..itu satu nikmat untuk kita yang bergelar wanita..mahkota yang indah dan kerana mahkota ini jugalah boleh meruntuhkan segalanya..em..ye ke?? dengan yakin ana akan cakap YA..Ahli Sunnah Waljamaah mengatakan iman boleh bertambah dan berkurang...jadi kegagalan dalam menjaga mahkota dengan baik dapat mengurangkan keimanan..eh kenapa pulak?? tak apa..biar ana terangkan dengan lebih jelas...sebagai contoh,kalau kita dedahkan aurat kita,orang lain nampak..satu, dosa mula tercipta...orang yang nampak tu puji kita..akan lahir perasaan riya' dalam diri...dah jadi satu kesalahan..itu yang kedua..yang ketiga bila kita riya' kita mula sombong...yang keempat semakin orang puji semakin menjadi-jadi..maksudnya,makin banyak aurat yang terdedah..yang kelima inilah jadi salah satu punca kenapa ada kes rogol,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..kalau nak diterangkan satu persatu memang banyak..jadi pesan ana satu saja,cuba renung pada diri kita..kebanyakan manusia suka menangis kerana manusia..tanya pada diri kita sendiri,berapa kali kita pernah menangis kerana Allah??berapa kali kita pernah menangis kerana dosa yang kita lakukan?? dan  berapa kali kita pernah bertaubat kepada Allah?? Allah sentiasa menunggu kita dengan penuh kesabaran...tatkala kita sedang berduka Allah hadirkan air mata..kalau kita menangis kerana Allah,Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang.. indahkan?? dan ketenangan mula menempa dalam hati.. lalu kita dapat mencipta sesuatu yang lebih indah untuk esok dan hari-hari mendatang..ya Allah, semua tu memang indah sangat..


tapi usah mengeluh usah risau..masa kita masih ada..dan ingatlah orang lain tak boleh ubah kita tapi kita yang hanya boleh ubah diri kita..orang-orang di sekeliling kita hanya mampu menasihatkan dan mendoakan kita..dan ingatlah dalam melakukan perubahan yang lebih baik perlukan masa,kesabaran.keilkhlasan dan pengorbanan yang tinggi..di sini lah Allah ingin lihat sejauh mana kesungguhan kita dalam melakukan perubahan..jangan hanya tunggu hidayah Allah baru nak berubah..tapi kita perlu sentiasa mengharapkan hidayah Allah agar keredhaan dan hidayah Allah sentiasa mengiringi kita di mana saja..insyaAllah siapa yang berusaha pasti ada kemanisan dan ganjaran baik yang sedang menanti..dalam kepahitan berbuah kemanisan..insyaAllah..senyum selalu..muhasabah diri..dan tingkatkan amal ibadat kita..lakukan yang terbaik sebelum terlambat.. :) Akhir kalam,ana mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau melukakan hati-hati sahabat..maaf jika ada yang tak lengkap kerana ana masih belajar..ilmu ana tak sehebat ilmu yang sahabat miliki...maafkan ana..apa yang ana tahu ana akan kongsikan..kalau nak tambah silakan ye..sharing is caring..terima kasih kerana sudi membaca artikel ini..semoga menjadi buah yang manis di hati sahabat dan menjadikan sahabat seorang yang soleh dan solehah serta orang yang lebih baik dari semalam,,insyaAllah..assalamualaikum.. :)


*peringatan buat diri ana yang hina ini juga..:)

SALAH REMAJA

Ibu selalu cakap,
"Kamu ni kalau kawan call ke, ajak keluar ke...laju je. Panas ke, hujan ke, ribut ke...tetap nak keluar. Tapi kalau ibu & ayah call, minta tolong...punya la malas. Ada saja alasan kamu. Muka tu kalau tak berkerut & tak bentak balik, tak sah"

*KENAPA?

1. SEBAB AKU LUPA bahawa seorang kawan takkan boleh beri kasih sayang yang sama sebagai sebuah keluarga.
2. SEBAB AKU FIKIR AKU DAH CUKUP DEWASA untuk memilih jalan hidup sendiri.
3. SEBAB AKU ALPHA dalam menilai kesabaran mereka membesar & mendidik aku.

Ikhlas dari,
Seorang Penumpang Kasih.

CUKUP JUJURKAH AKU?

Gagal dalam keyakinan
Lemah dalam keberanian
Angkuh dalam kepastian

Menangis dalam kegembiraan






Penipuan yang sebenar adalah apabila kita menipu diri sendiri
Hanya kerana ingin menyelamatkan diri dari terus berbohong

Saturday, 17 November 2012

TITIK HITAM TERAKHIR

Setiap yang datang,
Pastikan pergi.
Untuk melepaskan sesuatu yang bermakna itu bukan senang,
Ia adalah sebuah pengorbanan yang tiada galang ganti.
 
Tuhan lebih mengetahui isi hati ini,
Masih mampu tersenyum walaupun terluka.
Airmata yang bertakung takkan dapat menipu lagi,
Mengalirnya ia mematikan segalanya.
 
 
Tangan yang erat menggenggam jemarinya,
Mulai terketar seiring suara yang menahan sesak.
Degupan kencang di dada,
Kupaksa berhenti agar dia tidak sebak.
 
Sesungguhnya dalam setiap pertemuan,
Akan berakhir dengan perpisahan.
Tangan di depa luas menerima segala ketentuan,
Lalu merelakan segala kemungkinan.
 
 


 
 
Perjalanan kisah kami adalah rancangan Tuhan,
Hati kami diuji dengan pelbagai dugaan.
Timbulnya rasa cemburu dan risau,
Menjadikan kami lebih matang dari masa lampau.
 
 

AIR MATA PENGLIPULARA

Jangan ditanya mengapa aku begini,
Jika ingin tahu kebenarannya.
Biarkan aku seketika berdiam diri,
Nanti kamu kan tahu rahsia disebaliknya.

Tiada niatku merosakkan apa-apa hubungan yang terjalin,

Cuma hatiku tiba-tiba sesak kerana makan hati.
Nafsu memberontakku membuatku menangis tak beralun,
Amarahku tertahan seiring dengan penyeksaan diri.

Bukan niat membiar diri dikuasai,
Ataupun berputus asa.
Aku redha sebagai insan kerdil disisi Ilahi,

Aku menangis sebagai tanda kuatnya iman di dada.

agak TAKPUAS HATI DGN MSG mcm ni...

  "As salam , Tlg jgn delete . sms ini dari ibnu said (juru kunci mekah) , ia bermimpi bertemu dgn NABI MUHAMMAD s.a.w dlm mimpi itu baginda berpesan kuatkan akidah dlm ibadah krne dunia sudah goyah dan tua . jgn tinggalkan solat stiap wktu . tlg sebarkan mesej ini kpd 20 org muslim . INSYAALLHAH , DLM MSE 10 HARI anda akn mendapat rezeki yg besar dan bila tidak ...
disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yg tiada henti2nya . demi ALLAH ia akn terbukti"



#taksalah nak sebar.tapi perlu ke guna cara sms berantai?
#benda ni spttnya disebar ikhlaskan?tapi knp perkataan2 & ayat2 spt "Tlg jgn delete" dan "tlg sebarkan mesej ini kpd 20 org muslim . INSYAALLHAH , DLM MSE 10 HARI anda akn mendapat rezeki yg besar dan bila tidak disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yg tiada henti2nya . demi ALLAH ia akn terbukti" perlu ada?
#ikhlas itu dari hati, bkn paksaan & berantai mcm ni.takut jadi berdosa & syirik

 
fikir-fikir :)

Friday, 26 October 2012

TEMAN PENGGANTI






Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama

Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini

Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta

Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini

Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias

Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir

Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan

Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan

Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi

Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti