Kekal Bersama :-

Tuesday, 28 August 2012

TAUBAT NASUHA

Shahadah yang sering kali diungkap, disebut, dibaca dan dilafaz ketika solat adalah suatu keutamaan yang biasa pada semua orang. Namun begitu, berapa ramai orang yang mampu ucap kata shahadah dengan hati yang benar-benar ikhlas kerana Allah. Malahan, menyebutnya dalam keadaan seluruh tubuh menggeletar. Kerana takut akan kesilapan yang lepas. Kerana takut akan hukuman yang akan diterimanya. Takut akan segala-galanya.






Di saat tubuh yang sedang menggeletar itu, dunia yang sedang dipijak bagaikan bergegar secara tiba-tiba. Apa yang ada disekeliling seperti berubah. Sama seperti yang difirmankan oleh Allah, mereka yang mengucap dua kali masyahadah dengan ikhlas dan tulus keranaNYA akan merasakan seperti diri mereka seorang bayi yang baru dilahirkan. Semuanya seperti bermula semula. Tiada dosa.

Tidak semua insan yang akan dapat merasakan nikmat dilahirkan semula itu. Sungguhpun begitu, fakta yang sebenar tentang taubat nasuha itu sememangnya pasti.

Taubat nasuha adalah perubahan secara menyeluruh yang dirangkumi dengan hanya satu sebab. Sebab tersebut hanya antara insan tersebut dengan Allah sahaja yang tahu. Yang pastinya, tujuan setiap insan yang melakukan taubat nasuha ini adalah sama. Kerana ingin berubah dan kembali ke pangkal jalan Allah.




Wednesday, 15 August 2012

Hidup dan Dugaan

"HIDUP TANPA DUGAAN ADALAH SEBUAH PENIPUAN. TAPI HIDUP DENGAN DUGAAN ADALAH SEBUAH KEJAYAAN"




setiap manusia akan diuji dan diduga dari pelbagai sudut...
ada yang dari sudut persahabatan, kekeluargaan, percintaan serta individual...
tak kisahlah dugaan itu mudah atau pun susah, kita perlulah menghadapinya dengan seredha dan seikhlas hati...

andai kata dugaan itu sudah selesai, janganlah lupa untuk

mengucapkan alhamdulillah, kata syukur pada Allah...
tapi andai kata dugaan itu tiada penghujungnya, redhalah dan teguhkanlah hatimu dengan berzikir serta berdoa pada Allah...

setiap dugaan yang diturunkan olehNYA adalah sebagai satu pengalaman hidup buatmu...
dan pengalaman hidup itu perlulah dikongsi dengan orang disekeliling...
bukan sebagai peluang untukmu menunjukkan kesedihan serta keangkuhanmu tapi sebagai pengajaran serta teladan untuk semua...

sesungguhnya Allah pernah berfirman yang bermaksud, "AKU tidak akan menurunkan dugaan padamu yang tidak mampu engkau hadapi"
dengan itu, siapa kata kita perlu berputus asa dan mengaku kalah?

lihatlah betapa sayangnya DIA pada kita. malah, dia tidak pernah sekali pun lupa pada kita.
tapi sayang, kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. malah, kita meminta-minta sesuatu yang sebenarnya bukan milik kita...






SAJAK : Buatmu Ibu

ibu 
dikedinginan malam sunyi 
terkenang daku akan pemergianmu 
dibuai sejuta kenangan manis disiram segar 
subur kasih penuh rindu mengiringi pemergianmu 

ibu 
sejuta keampunan ku pinta darimu 
buat penghapus dosa insan kerdil ini 
buat menebus kekurangan melayani hayatmu 
buat melunas hutang jiwa seorang anak terhadap ibu 

oh ibu 
kutinggalkan jasadmu dikuburan ini 
namun izinkan aku bawa pulang kasih sayangmu 
izinkan aku bawa bersama semangat dan doamu 
izinkan aku pulang berbekal keampunan dan redhamu ibu 


doakanlah aku ibu 
agar bersemangat menyambung amal ibadahmu 
berbekal akal, ilmu, dan iman yang engkau ajarkan dulu 

ya Tuhan 
kutitipkan jasad ibu untuk dikau rahmati 
kupinjam jiwa kental dan kasih sayang ibu 
buat bekal hidup berbaki 
kurayu keampunanMU segala dosanya ya Rabbi 
hidayahkan aku apa saja demi menebus dosa ibunda 
biar nyawa, harta dan jiwa ini jadi galang gantinya 
janganlah kau siksa dia wahai Tuhan 
aku pohon, aku rayu padaMU setulus jiwa 
rahmatilah, kasihanilah dia 
sepertimana dia mengasihi aku sejak kecil 

ya Allah, ya Tuhanku 
aku berpegang pada janjiMU dan janji rasulMU 
izinkan aku menyambung amal ibu 
izinkan aku memenuhi tawaran janjiMU 
demi ibu 
demi ibu 
demi ibu

Wednesday, 25 July 2012

Cara yang TIDAK BERTAMADUN



Tajuk memang teruk. Tapi itulah kenyataan yang paling sukar untuk aku terangkan.
Semalam adalah kali kelima aku berhadapan dengan situasi di mana, pembonceng aku cuba diayat oleh seorang mat rempit.

CEMBURU bukan arah tujuannya.
Tetapi aku pandangan cara mamat itu mengorat macam ORANG TAK BERTAMADUN. Sudah la mengorat masa kami sedang menunggang motor.


MAAF kepada mamat-mamat rempit!
Aku bukan nak berfikiran kolot ke atas mat rempit, sebab aku juga mempunyai rakan-rakan sebegini.

JANGAN ANGGAP AKU MARAH SEBAB CEMBURU ATAU TAK SUKA ORANG KACAU KAMI, TETAPI SEBAB...aku fobia dengan lelaki yang tidak aku kenali.

Sunday, 22 July 2012

kerana ALLAH aku menikahimu

Usia bukan penghalang untuk aku mengenali apa itu "CINTA SAMPAI SYURGA"...



Bila fikir-fikir semula, rasa pelik juga bila baca buku ni... Sebab usia 19tahun yang sebenarnya masih belum cukup matang untuk bernikah. hm~~~





Aku cuma mampu merancang masa depan bersama si dia...
ALAM PERKAHWINAN itu bukan mudah, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.








Melihat hubungan abang dan kakak ipar buatkan aku jadi taksabar melalui alam baharu itu.



Andai ada jodoh aku bersama WAN ISKANDAR SYAHIR, alhamdulillah.
Tetapi jika tiada jodoh kami, AKU REDHA dan percaya bahawa ada yang lebih baik menantiku. :)

Saturday, 7 July 2012

BERFIKIR ATAU BERANGAN







Fikiranku sering melayang jauh. Kadang-kadang, aku sendiri tidak tahu apa yang aku menungkan. Aku hanyut dalam khayalan. Aku sepi seribu bahasa tatkala mindaku sedang berenang-renang gembira di alam angan-angan.


Buih-buih langit yang menjelma dari kotak fikiranku, mentafsirkan bahawa aku ialah insan yang lemah dalam meluah kata-kata. YA! Aku mengaku, aku seorang pemendam rasa. Aku tertawa riang di khalayak ramai, tetapi menangis sendiri di dalam jiwa. Sikap angkuhku dalam meluah kata-kata bukan lagi persoalan utama saat aku tiba-tiba menitiskan airmata di hadapan mereka. Airmata yang mengalir di pipi seolah-olah jawapan bagi setiap soalan yang diajukan.


Aku memang lemah di dalam meluah kata-kata. Tetapi itu bukan alasan untuk mereka mempergunakan aku. Sebagai manusia, aku masih mampu merasa dan menilai setiap apa yang diperlakukan oleh mereka terhadapku. Diam yang aku tunjukkan bukan kerana tidak mahu membalas, tetapi diam aku adalah diam yang bermakna untuk mereka.


Pada aku, apa guna aku membalas setiap kutukan mereka. Sebab aku tidak layak menilai siapa mereka di mata ILAHI.
Pada aku, apa guna aku bermegah dengan setiap pujian yang diterima. Sebab aku tidak akan dapat apa yang aku miliki jikalau bukan keranaNYA.


Prinsip hidupku,
"manusia sebenarnya hanya mampu untuk bersabar di saat tenang tetapi masih tidak
mampu untuk bersyukur walaupun telah miliki segalanya"


Kesat kata-kata prinsip hidupku ini.
Tetapi itulah realitinya. Memang ramai manusia yang mampu untuk bersabar dengan setiap dugaan yang diterimanya. Namun begitu, apakah kesabaran mereka seimbang dengan kesyukuran mereka atas nikmat yang masih ada?

TEAM BUILDING

> TEAM bermaksud PASUKAN
> BUILDING bermaksud BANGUNAN
> TEAM BUILDING? PEMBINAAN PASUKAN

Ramai orang salah anggap dengan objektif "Team Building".
Kenapa eh?
Pada aku, aktiviti "team Building" adalah aktiviti yang senantiasa aku tunggu dan pasti aku ikuti~
"Team Builiding" sumber untuk aku kenal siapa kawan dan siapa lawan.

Sahabat-sahabat PraUniversiti 2011/2012

Kem Bina Insan bersama PEPIAS

Barisan Pengawas 2011/2012

Hari Suai Kenal Pengawas

Prefect Team Building

Hari Sejuta Belia Putrajaya
Banyak perkara yang aku pelajari dalam mengharungi DUNIA REMAJA. Kawan yang aku sangka kekal selamanya, boleh pergi dalam sekelip mata. Lawan yang aku sangka musuh, rupanya menjadi sahabat sejati.

TEAM BUILDING dalam kamus hidup ku adalah bererti CABARAN HIDUP yang terpaksa aku harungi untuk menebus setiap kesilapan yang lepas dan CABARAN REMAJA ku yang memberontak untuk keluar dari kepompong.

Besar makna TEAM BUILDING dalam kamus hidup ku.
Dengan itu, atas kesempatan yang ada ini...
ingin aku luahkan sesuatu.

BUAT IBU, EMAK, AYAH, ABAH, ABANG, KAKAK...
doakan ketabahan hatiku yang sedang runsing membilang hari mengenal dunia luar. Maafkan segala khilaf yang tidak aku sedari. Terima kasih yang teramat dari ku yang sering memberontak dalam dunia sepi.

BUAT GURU-GURU...
panggilan "cikgu" yang keramat telah mengajarku banyak erti. Aku bukan sahaja diajar menulis, membaca dan mengira. TETAPI AKU JUGA DIAJAR BANGKIT DARI KEGAGALAN. Terima kasih dan maafkan anak muridmu yang pendiam ini.

BUAT TEMAN-TEMAN...
terima kasih buat segala teguran kalian. Maafkan aku atas segala kesilapan. Semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga ke akhirnya.

BUAT ADIK-ADIK...
terima kasih buat segala perhatian dan kemanjaanmu. Maafkan akak/Along atas segala kekasaran dan ketidakadilan di dalam meluahkan kasih sayang pada kalian.

BUAT KEKASIH...
terimalah aku kerana ILAHI sebab aku telah serahkan segala perancangan kita kepadaNYA. Sayang ku padamu adalah luahan sayangku padaNYA.

BUAT HATI...
tetaplah tabah mengharungi dugaan hidupmu yang berliku. Percayalah akan QADA' dan QADAR. Semoga TUHAN permudahkan perjalanan hidupmu yang semakin berliku.

ANDAI TIBA AJALKU ESOK,
AKU REDHA WALAUPUN DALAM KEADAAN TIDAK MENGERTI APA-APA.
SEBAB ITULAH "TEAM BUILDING" YANG SEBENAR...