Kekal Bersama :-

Wednesday, 25 July 2012

Cara yang TIDAK BERTAMADUN



Tajuk memang teruk. Tapi itulah kenyataan yang paling sukar untuk aku terangkan.
Semalam adalah kali kelima aku berhadapan dengan situasi di mana, pembonceng aku cuba diayat oleh seorang mat rempit.

CEMBURU bukan arah tujuannya.
Tetapi aku pandangan cara mamat itu mengorat macam ORANG TAK BERTAMADUN. Sudah la mengorat masa kami sedang menunggang motor.


MAAF kepada mamat-mamat rempit!
Aku bukan nak berfikiran kolot ke atas mat rempit, sebab aku juga mempunyai rakan-rakan sebegini.

JANGAN ANGGAP AKU MARAH SEBAB CEMBURU ATAU TAK SUKA ORANG KACAU KAMI, TETAPI SEBAB...aku fobia dengan lelaki yang tidak aku kenali.

Sunday, 22 July 2012

kerana ALLAH aku menikahimu

Usia bukan penghalang untuk aku mengenali apa itu "CINTA SAMPAI SYURGA"...



Bila fikir-fikir semula, rasa pelik juga bila baca buku ni... Sebab usia 19tahun yang sebenarnya masih belum cukup matang untuk bernikah. hm~~~





Aku cuma mampu merancang masa depan bersama si dia...
ALAM PERKAHWINAN itu bukan mudah, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.








Melihat hubungan abang dan kakak ipar buatkan aku jadi taksabar melalui alam baharu itu.



Andai ada jodoh aku bersama WAN ISKANDAR SYAHIR, alhamdulillah.
Tetapi jika tiada jodoh kami, AKU REDHA dan percaya bahawa ada yang lebih baik menantiku. :)

Saturday, 7 July 2012

BERFIKIR ATAU BERANGAN







Fikiranku sering melayang jauh. Kadang-kadang, aku sendiri tidak tahu apa yang aku menungkan. Aku hanyut dalam khayalan. Aku sepi seribu bahasa tatkala mindaku sedang berenang-renang gembira di alam angan-angan.


Buih-buih langit yang menjelma dari kotak fikiranku, mentafsirkan bahawa aku ialah insan yang lemah dalam meluah kata-kata. YA! Aku mengaku, aku seorang pemendam rasa. Aku tertawa riang di khalayak ramai, tetapi menangis sendiri di dalam jiwa. Sikap angkuhku dalam meluah kata-kata bukan lagi persoalan utama saat aku tiba-tiba menitiskan airmata di hadapan mereka. Airmata yang mengalir di pipi seolah-olah jawapan bagi setiap soalan yang diajukan.


Aku memang lemah di dalam meluah kata-kata. Tetapi itu bukan alasan untuk mereka mempergunakan aku. Sebagai manusia, aku masih mampu merasa dan menilai setiap apa yang diperlakukan oleh mereka terhadapku. Diam yang aku tunjukkan bukan kerana tidak mahu membalas, tetapi diam aku adalah diam yang bermakna untuk mereka.


Pada aku, apa guna aku membalas setiap kutukan mereka. Sebab aku tidak layak menilai siapa mereka di mata ILAHI.
Pada aku, apa guna aku bermegah dengan setiap pujian yang diterima. Sebab aku tidak akan dapat apa yang aku miliki jikalau bukan keranaNYA.


Prinsip hidupku,
"manusia sebenarnya hanya mampu untuk bersabar di saat tenang tetapi masih tidak
mampu untuk bersyukur walaupun telah miliki segalanya"


Kesat kata-kata prinsip hidupku ini.
Tetapi itulah realitinya. Memang ramai manusia yang mampu untuk bersabar dengan setiap dugaan yang diterimanya. Namun begitu, apakah kesabaran mereka seimbang dengan kesyukuran mereka atas nikmat yang masih ada?

TEAM BUILDING

> TEAM bermaksud PASUKAN
> BUILDING bermaksud BANGUNAN
> TEAM BUILDING? PEMBINAAN PASUKAN

Ramai orang salah anggap dengan objektif "Team Building".
Kenapa eh?
Pada aku, aktiviti "team Building" adalah aktiviti yang senantiasa aku tunggu dan pasti aku ikuti~
"Team Builiding" sumber untuk aku kenal siapa kawan dan siapa lawan.

Sahabat-sahabat PraUniversiti 2011/2012

Kem Bina Insan bersama PEPIAS

Barisan Pengawas 2011/2012

Hari Suai Kenal Pengawas

Prefect Team Building

Hari Sejuta Belia Putrajaya
Banyak perkara yang aku pelajari dalam mengharungi DUNIA REMAJA. Kawan yang aku sangka kekal selamanya, boleh pergi dalam sekelip mata. Lawan yang aku sangka musuh, rupanya menjadi sahabat sejati.

TEAM BUILDING dalam kamus hidup ku adalah bererti CABARAN HIDUP yang terpaksa aku harungi untuk menebus setiap kesilapan yang lepas dan CABARAN REMAJA ku yang memberontak untuk keluar dari kepompong.

Besar makna TEAM BUILDING dalam kamus hidup ku.
Dengan itu, atas kesempatan yang ada ini...
ingin aku luahkan sesuatu.

BUAT IBU, EMAK, AYAH, ABAH, ABANG, KAKAK...
doakan ketabahan hatiku yang sedang runsing membilang hari mengenal dunia luar. Maafkan segala khilaf yang tidak aku sedari. Terima kasih yang teramat dari ku yang sering memberontak dalam dunia sepi.

BUAT GURU-GURU...
panggilan "cikgu" yang keramat telah mengajarku banyak erti. Aku bukan sahaja diajar menulis, membaca dan mengira. TETAPI AKU JUGA DIAJAR BANGKIT DARI KEGAGALAN. Terima kasih dan maafkan anak muridmu yang pendiam ini.

BUAT TEMAN-TEMAN...
terima kasih buat segala teguran kalian. Maafkan aku atas segala kesilapan. Semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga ke akhirnya.

BUAT ADIK-ADIK...
terima kasih buat segala perhatian dan kemanjaanmu. Maafkan akak/Along atas segala kekasaran dan ketidakadilan di dalam meluahkan kasih sayang pada kalian.

BUAT KEKASIH...
terimalah aku kerana ILAHI sebab aku telah serahkan segala perancangan kita kepadaNYA. Sayang ku padamu adalah luahan sayangku padaNYA.

BUAT HATI...
tetaplah tabah mengharungi dugaan hidupmu yang berliku. Percayalah akan QADA' dan QADAR. Semoga TUHAN permudahkan perjalanan hidupmu yang semakin berliku.

ANDAI TIBA AJALKU ESOK,
AKU REDHA WALAUPUN DALAM KEADAAN TIDAK MENGERTI APA-APA.
SEBAB ITULAH "TEAM BUILDING" YANG SEBENAR...

Sunday, 1 July 2012

SAJAK : Ruang Kosong

Malam tadi aku bermimpi
Kau hadir setelah lama menghilang
Kau berikanku kucupan sayang di dahi
Lalu pergi dan tidak lagi berpaling

Kau tinggalkan aku terpinga-pinga
Kau pergi tanpa sempatku bertanya mengapa
Kau buatku keliru dan tertanya-tanya
Tatkala aku yang menjadi mangsa

Apakah aku punca segalanya
Hinggakan aku terbiar merana sendiri
Adakah aku yang berdosa
Hinggakan aku tak sanggup kau kenali

Hinakah aku dihatimu
Sampaikan aku kau buang tanpa sebab
Jijikkah aku dimatamu
Sampaikan aku tak sanggup kau dakap

Ya Tuhanku
Apakah aku pembawa bala
Sampaikan aku tak layak merasa nikmat-MU
Sedangkan aku sendiri tak mengerti apa-apa

Ya Tuhanku
Masih adakah kesempatan buatku bersamanya
Andai kata esok aku kan kembali pada-MU
Tika hati ini masih keliru dan belum bersedia

Kepingan hatiku ibarat teka silang kata
Namun tak selengkap yang digambarkan
Aku anak yang terbiar
Sebuah realiti yang selamanya menjadi igauan

Tika wajahmu bermain di benakku
Namamu terukir rindu di bibir basahku
Tapi tatkala aku sedar kau tak perlukanku
Aku terduduk kaku dalam tangisan sayu

Kala hati ini merinduimu
Kau ku puja tanpa segan silu
Walau sejauh mana kau mencampakku
Dan seluka mana jiwa ini kau tetap di hatiku

Tika hati ini makin parah kau lukai
Timbul kekecewaan di hati
Tanpa di sedari
Rindu hatiku menjadi benci

Kala aku kau buang dengan bencinya
Kau aku sayang tak semena-mena
Walau sebesar mana pengorbananku
Aku percaya kau takkan pernah menyayangiku

Walau seindah mana ia terlakar dalam sanubariku
Kau tetap takkan datang dalam dakapan rinduku
Walau seteguh mana harapanku untuk bersamamu
Semua orang tahu ia cuma sebuah impian yang palsu

Kau hidup senang di luar sana
Sedangkan aku merana di sini
Dunia kau dan aku sungguh berbeza
Kerana kau aku yang terpaksa menanggung semua derita sendiri

Sayang yang tercipta dihati ini untuk kau
Rindu yang terpendam dihati ini untuk kau
Sukarkah untuk kau fahami?
Sukarkah untuk kau mengerti?

Ada rindu dalam hati ini
Ada sayang dalam hati ini
Ada namamu dalam hati ini
Tapi tidak pernah ada kasihmu dalam hati ini

Biarlah ruang kosong dihati ini
Akan terus kosong tanpa sebarang isi
Kerana rindu yang telah bertukar benci ini
Takkan pernah ada yang ketahui