Kekal Bersama :-

Saturday, 17 November 2012

TITIK HITAM TERAKHIR

Setiap yang datang,
Pastikan pergi.
Untuk melepaskan sesuatu yang bermakna itu bukan senang,
Ia adalah sebuah pengorbanan yang tiada galang ganti.
 
Tuhan lebih mengetahui isi hati ini,
Masih mampu tersenyum walaupun terluka.
Airmata yang bertakung takkan dapat menipu lagi,
Mengalirnya ia mematikan segalanya.
 
 
Tangan yang erat menggenggam jemarinya,
Mulai terketar seiring suara yang menahan sesak.
Degupan kencang di dada,
Kupaksa berhenti agar dia tidak sebak.
 
Sesungguhnya dalam setiap pertemuan,
Akan berakhir dengan perpisahan.
Tangan di depa luas menerima segala ketentuan,
Lalu merelakan segala kemungkinan.
 
 


 
 
Perjalanan kisah kami adalah rancangan Tuhan,
Hati kami diuji dengan pelbagai dugaan.
Timbulnya rasa cemburu dan risau,
Menjadikan kami lebih matang dari masa lampau.
 
 

AIR MATA PENGLIPULARA

Jangan ditanya mengapa aku begini,
Jika ingin tahu kebenarannya.
Biarkan aku seketika berdiam diri,
Nanti kamu kan tahu rahsia disebaliknya.

Tiada niatku merosakkan apa-apa hubungan yang terjalin,

Cuma hatiku tiba-tiba sesak kerana makan hati.
Nafsu memberontakku membuatku menangis tak beralun,
Amarahku tertahan seiring dengan penyeksaan diri.

Bukan niat membiar diri dikuasai,
Ataupun berputus asa.
Aku redha sebagai insan kerdil disisi Ilahi,

Aku menangis sebagai tanda kuatnya iman di dada.

agak TAKPUAS HATI DGN MSG mcm ni...

  "As salam , Tlg jgn delete . sms ini dari ibnu said (juru kunci mekah) , ia bermimpi bertemu dgn NABI MUHAMMAD s.a.w dlm mimpi itu baginda berpesan kuatkan akidah dlm ibadah krne dunia sudah goyah dan tua . jgn tinggalkan solat stiap wktu . tlg sebarkan mesej ini kpd 20 org muslim . INSYAALLHAH , DLM MSE 10 HARI anda akn mendapat rezeki yg besar dan bila tidak ...
disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yg tiada henti2nya . demi ALLAH ia akn terbukti"



#taksalah nak sebar.tapi perlu ke guna cara sms berantai?
#benda ni spttnya disebar ikhlaskan?tapi knp perkataan2 & ayat2 spt "Tlg jgn delete" dan "tlg sebarkan mesej ini kpd 20 org muslim . INSYAALLHAH , DLM MSE 10 HARI anda akn mendapat rezeki yg besar dan bila tidak disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yg tiada henti2nya . demi ALLAH ia akn terbukti" perlu ada?
#ikhlas itu dari hati, bkn paksaan & berantai mcm ni.takut jadi berdosa & syirik

 
fikir-fikir :)

Friday, 26 October 2012

TEMAN PENGGANTI






Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama

Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini

Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta

Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini

Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias

Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir

Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan

Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan

Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi

Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Monday, 24 September 2012

BICARA PANCAINDERA

Mulut bisa menipu,
Tapi mata tak mampu mengelak,
Dalam keadaan fikiran jadi tidak menentu,
Dan hati pula tersentak.

Sayang itu mungkin cuma dibibir,
Belum tentu dapat ditafsir hati,
Ku biar sayang itu dengan sendirinya hadir,
Sungguhpun jiwa ku semput menanti.

Terima kasih walaupun tidak mengerti,
Terima kasih walaupun tidak pernah hadir,
Izinkan dirimu terus kunanti,
Sebagai pengorbanan terakhir.

ANJAKAN PARADIGMA

Manusia berubah dengan pelbagai alasan,
Aku berubah disebabkan bumi yang tidak berhenti berputar,
Musibah datang atas ketentuan Tuhan,
Aku tetap teguh walau batu dilempar.

Memang sukar untuk lakukan perubahan,
Permulaannya adalah sebagai batu loncatan,
Anjakan paradigma yang gah,
Menolak segala kekurangan yang bersarang seperti labah-labah.

Tangisan ku bukan tanda lemah,
Ia bukti hati yang mulai tabah,
Aku tidak gentar dengan kedatangan musibah,
Akan ku rempuh walaupun rebah.

Saturday, 22 September 2012

TERSEKAT DI HATI

Usaha kali ini buatkan aku menangis,
Ditemani rasa serba salah yg menyelubungi,
Hati memberontak tika menerima berita yg sadis,
Bibir tak terungkap lalu bisu membawa diri.

Wahai Yg Maha Agong,

Kumohon agar semuanya terhenti,
Izinkan aku merasa nikmat yg terulung,
Kerana aku tak mahu terus begini.

Kematangan ku tercabar,

Begitu jua jiwa yg dah lama tak memberontak,
Aku diuji dalam sedar,
Ia buat aku benar-benar tersentak.