Kekal Bersama :-

Monday, 24 September 2012

BICARA PANCAINDERA

Mulut bisa menipu,
Tapi mata tak mampu mengelak,
Dalam keadaan fikiran jadi tidak menentu,
Dan hati pula tersentak.

Sayang itu mungkin cuma dibibir,
Belum tentu dapat ditafsir hati,
Ku biar sayang itu dengan sendirinya hadir,
Sungguhpun jiwa ku semput menanti.

Terima kasih walaupun tidak mengerti,
Terima kasih walaupun tidak pernah hadir,
Izinkan dirimu terus kunanti,
Sebagai pengorbanan terakhir.

ANJAKAN PARADIGMA

Manusia berubah dengan pelbagai alasan,
Aku berubah disebabkan bumi yang tidak berhenti berputar,
Musibah datang atas ketentuan Tuhan,
Aku tetap teguh walau batu dilempar.

Memang sukar untuk lakukan perubahan,
Permulaannya adalah sebagai batu loncatan,
Anjakan paradigma yang gah,
Menolak segala kekurangan yang bersarang seperti labah-labah.

Tangisan ku bukan tanda lemah,
Ia bukti hati yang mulai tabah,
Aku tidak gentar dengan kedatangan musibah,
Akan ku rempuh walaupun rebah.

Saturday, 22 September 2012

TERSEKAT DI HATI

Usaha kali ini buatkan aku menangis,
Ditemani rasa serba salah yg menyelubungi,
Hati memberontak tika menerima berita yg sadis,
Bibir tak terungkap lalu bisu membawa diri.

Wahai Yg Maha Agong,

Kumohon agar semuanya terhenti,
Izinkan aku merasa nikmat yg terulung,
Kerana aku tak mahu terus begini.

Kematangan ku tercabar,

Begitu jua jiwa yg dah lama tak memberontak,
Aku diuji dalam sedar,
Ia buat aku benar-benar tersentak.

Sunday, 16 September 2012

MENJELANG SENJA


Makin difikir,
Makin banyak perkara yang buat aku jadi hairan.
Makin ditafsir,
Makin sendat minda dan fikiran.

Apa yang kuhilang?,
Apa yang kucari?,
Apa yang menghilang?,
Dan apa yang terjadi?.

Lama aku termenung fikirkan kejadian itu,
Awan lamunan bawa aku ke suatu penjuru,
Terasa singkat masa yang ada untukku,
Tapi jawapan yang pasti masih tak kutemu.

Sungguhpun fikiranku kadang-kadang melayang,
Tapi hatiku masih tenang.
Walaupun banyak dugaan yang datang,
Semuanya kutempuh dengan matang.

AKU YANG KINI


Hanya hati yg berani berkata-kata,
Tapi mulut tetap kaku & takmampu bertanya.
Hanya minda yg gagah mentafsir,
Tapi tiada sebarang perubahan pada bibir.

Aku cuma mampu melihat,
Tapi takmampu berhenti berharap untuk sesaat.
Aku cuba utk mengelak dari dijerat,
Tapi terkedu saat sedar diri di penghujung hayat.

Janji yg diikat datang utk dilaksana,
Janji yg dibuat tergantung di langit,
Janji itu bukan takmahu kulaksana,
Janji itu buat aku hanyut & sesat.

Bukan salah kamu kerana meminta,
Tapi dosa itu adalah milikku yg nyata.
Dunia mu takcuba ku sekat,
Cuma cabaran itu letak aku di tengah-tengah jerat.

Aku terhimpit antara dia & kamu,
Kedua2nya aku sayang.
Aku taktahu apa status dia & kamu,
Oleh itu aku matikan hati ini kerana sayang...

Friday, 7 September 2012

CINTA YANG ABADI


Persoalan sebenar tentang cinta yang sepatutnya menjadi tanda tanya yang besar dalam hidup kita adalah tentang keikhlasan, kesetiaan dan persediaan untuk menempuh ke peringkat seterusnya. Siapakah yang telah mempersiapkan diri lebih sempurna dan cepat? Lelaki atau perempuan?

Apabila hal ini ditanyakan pada seorang wanita, jawapannya mestilah wanita. Jika ditanyakan pada lelaki, jawapannya mestilah lelaki. Namun siapa yang sebenarnya lebih ikhlas, setia dan bersedia?



Jawapan sebenar adalah kedua-duanya. Tetapi akan lebih tampak jelas setelah kita diduga dengan sesuatu yang tidak pernah sekali pun kita sangka ia akan berlaku di saat itu, di ketika itu. Bukti???

Buktinya ada pada usia. Ada pada ilmu. Ada pada pengetahuan. Apabila usia, ilmu dan pengetahuan itu semakin bertambah dan bertambah, manusia akan mula kenal tentang dunia yang sebenarnya. Ia sama ada dari sudut pandangan seorang manusia biasa atau dari sudut pandangan seorang hamba.

Persoalan seterusnya, yang mana satu kah yang kita miliki?
Pandangan dari sudut manusia biasa atau pandangan dari sudut seorang hamba?



Pandangan dari sudut manusia memang menarik untuk kita hampiri. Sebab nikmat dunia yang dapat kita miliki tanpa sebarang sekatan atau halangan dari sesiapa pun. Apa yang kita inginkan, harapkan malah yang terlintas difikiran kita. Semua yang jahat itu nampak 'sedap', 'best' dan seronok. Di saat itu, kita sanggup membunuh, merompak, meragut dan merogol. Tanpa rasa malu, bersalah dan kesal. Kita juga akan terus menerus melakukannya berulang kali. Ketika itu, syaitan merasuk dalam jiwa manusia kita. Jiwa manusia yang telah Allah ciptakan sebaik-baiknya, sesempurnanya. Namun kenapa kita tidak boleh kekalkan rasa bersyukur tu?

Pandangan dari sudut seorang hamba pula, kekok dan menyusahkan. Ini kerana, semuanya terbatas. Dari pergaulan sampailah ke cara berpakaian. Pada pemikiran seorang hamba yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 15 tahun atau lebih, ini mungkin tidak diterima. Tetapi itulah realiti yang sebenarnya. Susah dan kekok itulah yang sebenarnya menjamin diri kita di alam yang seterusnya. Itulah janji Tuhan!

Cinta yang sebenar bukanlah di dunia semata-mata, tetapi hingga ke akhirat. Sejauh mana kita boleh bawa cinta kita, tak kiralah pada manusia atau sebaliknya? Sejauh mana juga kita mampu 'sehidup semati'?



Bukan mudah untuk seseorang itu menyatakan cintanya jika dia menyatakannya dengan rasa cinta seorang hamba...