Kekal Bersama :-

Friday, 7 September 2012

CINTA YANG ABADI


Persoalan sebenar tentang cinta yang sepatutnya menjadi tanda tanya yang besar dalam hidup kita adalah tentang keikhlasan, kesetiaan dan persediaan untuk menempuh ke peringkat seterusnya. Siapakah yang telah mempersiapkan diri lebih sempurna dan cepat? Lelaki atau perempuan?

Apabila hal ini ditanyakan pada seorang wanita, jawapannya mestilah wanita. Jika ditanyakan pada lelaki, jawapannya mestilah lelaki. Namun siapa yang sebenarnya lebih ikhlas, setia dan bersedia?



Jawapan sebenar adalah kedua-duanya. Tetapi akan lebih tampak jelas setelah kita diduga dengan sesuatu yang tidak pernah sekali pun kita sangka ia akan berlaku di saat itu, di ketika itu. Bukti???

Buktinya ada pada usia. Ada pada ilmu. Ada pada pengetahuan. Apabila usia, ilmu dan pengetahuan itu semakin bertambah dan bertambah, manusia akan mula kenal tentang dunia yang sebenarnya. Ia sama ada dari sudut pandangan seorang manusia biasa atau dari sudut pandangan seorang hamba.

Persoalan seterusnya, yang mana satu kah yang kita miliki?
Pandangan dari sudut manusia biasa atau pandangan dari sudut seorang hamba?



Pandangan dari sudut manusia memang menarik untuk kita hampiri. Sebab nikmat dunia yang dapat kita miliki tanpa sebarang sekatan atau halangan dari sesiapa pun. Apa yang kita inginkan, harapkan malah yang terlintas difikiran kita. Semua yang jahat itu nampak 'sedap', 'best' dan seronok. Di saat itu, kita sanggup membunuh, merompak, meragut dan merogol. Tanpa rasa malu, bersalah dan kesal. Kita juga akan terus menerus melakukannya berulang kali. Ketika itu, syaitan merasuk dalam jiwa manusia kita. Jiwa manusia yang telah Allah ciptakan sebaik-baiknya, sesempurnanya. Namun kenapa kita tidak boleh kekalkan rasa bersyukur tu?

Pandangan dari sudut seorang hamba pula, kekok dan menyusahkan. Ini kerana, semuanya terbatas. Dari pergaulan sampailah ke cara berpakaian. Pada pemikiran seorang hamba yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 15 tahun atau lebih, ini mungkin tidak diterima. Tetapi itulah realiti yang sebenarnya. Susah dan kekok itulah yang sebenarnya menjamin diri kita di alam yang seterusnya. Itulah janji Tuhan!

Cinta yang sebenar bukanlah di dunia semata-mata, tetapi hingga ke akhirat. Sejauh mana kita boleh bawa cinta kita, tak kiralah pada manusia atau sebaliknya? Sejauh mana juga kita mampu 'sehidup semati'?



Bukan mudah untuk seseorang itu menyatakan cintanya jika dia menyatakannya dengan rasa cinta seorang hamba...

No comments:

Post a Comment