Kekal Bersama :-

Monday, 10 December 2012

LEMBUTKAN HATIMU SAYANG - PART 2


Ciptaan: Ukhty Syifa Humairah

Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah..



Alhamdulillah ya Allah..dengan ilmu yang Allah berikan ini ana akan sambung nukilan ana bertajuk LEMBUTKAN HATIMU SAYANG.. kali ini ana akan terangkan dengan lebih lanjut langkah melembutkan hati dengan kecerdasan spiritual..atas permintaan sahabat ana,ana akan terangkan langkah-langkah lain bagi melembutkan hati..insyaAllah..selamat membaca..



Yes,terima kasih awak..cepat-cepat sambung,,hehe..maaf..eh tak pe..seronok ye..alhamdulillah..ok biar ana terangkan langkah selanjutnya ialah kita dapat melembutkan hati dengan cara berpuasa(menahan nafsu)..puasa menjana keperibadian muslim..setiap tahun,kita menjalani puasa selama sebulan penuh..Namun,mungkin selama ini kita berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga saja..sedangkan mulut,tangan dan anggota badan yang lainnya tidak turut berpuasa..ha kejap..saya tak faham lah..semua anggota turut berpuasa ke?? Iye sayang..semua anggota turut berpuasa..berpuasa ini bukan hanya tak makan dan minum tapi kita menahan diri kita daripada nafsu yang kita miliki..kalau kita tak berjaya mengawal nafsu dengan baik,kelak memberi kesan buruk kepada kita.. ha?? contohnya?? Ok,paling senang ana bagi contoh tentang zina..zina ni ada banyak jenis..ada zina hati,zina mata,zina telinga,zina kaki dan sebagainya..kalau kita tak mampu mengawal nafsu itu bermakna hidup kita banyak di pimpin oleh nafsu..sebab tu lah juga terdorong kita melakukan zina dalam keadaan kita sendiri pun tak sedar..oh macam tu rupanya..ok ana sambung ye..mungkin sejak kecil kita sekadar berpuasa seperti biasa..kita memahami maksud berpuasa hanyalah sekadar menahan lapar,kemudian kewajipan kita selesai di hadapan Allah.. Oleh itu tak mustahil kita tidak medapat apa-apa daripada puasa kita..cuba kita renung-renungkan sesuatu..tanya pada diri kita sendiri.selepas bulan puasa berlalu,adakah kita tetap meneruskan dengan puasa sunat?? Mungkinkah kita tidak pernah berpuasa?? Maksud ana melakukan puasa-puasa sunat.. .. sebelum itu ana minta maaf ya sahabat.. ini hanya melalui pembacaan ana..kalau salah tegur ye..ana ada terbaca satu buku motivasi..pengarang ada menjelaskan tentang puasa batin..ha?? puasa batin?? Apa tu?? Melalui pembacaan ana,puasa batin adalah menahan segala nafsu kita,menahan pandangan,telinga dan seluruh anggota tubuh daripada segala larangan Allah.. puasa batin sangat lah baik jika dibandingkan dengan mereka yang menahan lapar dan dahaga sedangkan batin mereka menurut kepada nafsu..jika kita berlatih dengan bersungguh-sungguh secara automatiknya spiritual kita akan menjadi subur dan baik..kenapa pulak?? Sebab kita akan lebih merasakan adanya pengawasan Allah..nak buat sesuatu fikir banyak kali..oleh itu kemampuan spiritual kita meningkat dan hati juga akan menjadi semakin lembut..bukan saja dapat melembutkan hati malah dapat membantu kita membentuk diri dengan sifat-sifat mahmudah(berakhlak mulia)..insyaAllah..



Oh ok..ada cara lain tak?? Ada..membaca al Quran dan fahamkan maksudnya itu juga merupakan salah satu langkah yang terbaik untuk melembutkan hati..kebanyakan orang suka membaca al Quran tapi tak faham apa isi kandungan ayatnya sebab tak faham  bahasa arab..ana pun bukannya fasih dalam bahasa arab..jadi untuk memudahkan ana faham apa yang cuba di sampaikan Allah ana beli Tafsir al Quran..lebih mudah untuk kita faham kan?? insyaAllah..membaca al Quran dapat menenangkan hati yang gundah malah dapat member sinaran cahaya kepada hati supaya lebih mudah menerima sesuatu..ana teringat kisah Saidina Umar al Khattab..kisah di mana pada satu ketika beliau terdengar seseorang membaca al Quran dengan penuh khusyuk sehingga di saat beliau terdengar akan alunan suara itu telah menyentuh hatinya..dan akhirnya dengan hidayah Allah Saidina Umar al Khattab telah memeluk agama Islam..ha hebatkan??bukan saja memberi kebaikan kepada orang yang membaca al Quran tapi orang yang mendengarnya pun dapat kelebihannya.. itulah kekuatan dan keistimewaan al Quran,mukjizat dari Allah..ana yakin jika ana katakan dengan membaca al Quran dan fahankan maksudnya dapat melembutkan hati sahabat ana juga pasti setuju..kejap..tapi kan awak..macam mana cara untuk menjadi seorang yang menghayati al Quran?? Caranya ialah istiqamah membaca al Quran sepanjang masa..berusaha mempelajari maksud al Quran dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian..sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan Al Quran..mempelajari cara mentahsinkan al Quran dengan membaca secara tajwid,tertil dan bertarannum..akhir sekali mengajar orang lain membaca dan memahami Al Quran..insyaAllah dengan penghayatan seperti ini dapat melembutkan hati kita..ala awak,ada lagi istiqamah..iye awak..istiqamah ini penting dalam kehidupan.kita dah tak boleh lari dari istiqamah dalam sesuatu perkara..em ok awak..



Ada lagi ke awak?? Masih ada satu lagi langkah..apa dia awak?? Langkah yang terakhir ialah mendampingi alim ulama atau orang-orang soleh..eh susah tu awak..susah nak cari..itu hujah awak..kalau awak yakin dan berusaha awak pasti dapat  jumpa mereka..insyaAllah..ok awak..tapi macam mana pulak dengan mendampingi orang-orang alim dan soleh ni dapat melembutkan hati?? Macam ni,kalau kita sering rapat dengan orang alim ulama dan orang soleh banyak input yang boleh kita dapat..selalunya mereka ini akan berusaha memperbaiki diri mereka..kita pernah dengar kalau kita rapat dengan penjual minyak wangi,kelak kita pun akan berbau wangi juga..nah kalau  kita sentiasa mendampingi mereka, sedikit demi sedikit kita pun akan terikut-ikut kan?? Itulah kebaikannya..insyaAllah bila bersama mereka juga hati kita akan berasa tenang setelah di tarbiahkan dengan ilmu-ilmu Allah..sekarang awak faham kan??oh ok awak..terima kasih..




Alhamdulillah setakat itu saja yang mampu ana kongsikan..insyaAllah kalau ada di antara sahabat ana nak menambah silakan..kita kongsikan ilmu bersama ya..insyaAllah..akhir kalam, ana memohon maaf dan mohon teguran dari sahabat jika ada isi nukilan ana yang tak betul..syukran ya sahabat..salam ukhuwah fillah dari ana,,senyum selalu..barakallah..assalamualaikum..  :) 

LEMBUTKAN HATIMU SAYANG - PART 1

Ciptaan: Ukhty Syifa Humairah

Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah..



Alhamdulillah hari ini  Allah masih berikan ana kesempatan untuk berkongsikan sesuatu dengan sahabat.. ada sahabat ana bertanya kepada ana macam mana nak lembutkan hati ye??rasa macam susah sangat nak lembutkan hati ni..eh siapa cakap?? Senang je..senang bagi orang yang berusaha..ha ini ana ada cara untuk lembutkan hati dengan kecerdasan spiritual..ha sudah??macam mana pulak tu?? Jangan risau..ana akan terangkan ye..mai ana kongsikan.. harap dapat dimanfaatkan bersama..insyaAllah..selamat membaca.. :)




Kita tahu betapa pentingnya kebersihan hati.kita juga tahu kecerdasan spiritual dapat melembutkan hati..ha??ye ke??tak pernah dengar pun..hehe..adalah..ok sekarang ana akan kongsikan langkah yang terbaik bagi melembutkan hati melalui kecerdasan spiritual..langkahnya ialah melakukan solat malam atau pun dikenali sebagai qiamulail..macam mana qiamulail boleh melembutkan hati?? Bertahajudlah!! Inilah perintah yang didengung-dengungkan oleh Allah dalam lantunan ayat-ayatNya..Nabi Muhammad juga beberapa kali memberikan galakan kepada kita supaya gemar bertahajud..ala kenapa pulak?? Sebab melalui bertahajudlah hati kita menjadi lembut bercahaya..eh ye ke?? Iye sayang.. sering kali kita merasakan diri lebih dekat dengan Allah semasa bertahajud..sehingga kita sendiri kadang-kadang tak sedar air mata kita berlinangan..kita merasakan betapa hinanya diri kita..Dalam proses inilah terungkap segala keburukan kita..kesedaran mahu berubah juga semakin kuat.. dalam surah al-Muzammil ayat 6 ada menjelaskan tentang kebaikan qiamulail yang bermaksud:
“Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat bagi khusyuk dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan.”



Em tak faham lah..tak mengapa biar ana jelaskan..maksud ayat di atas menggambarkan jika kita memohon sesuatu dari Allah pada waktu itu lebih mudah di kabulkan dan apa yang kita luahkan pada ketika itu lebih mudah untuk meresap ke dalam hati..sebab itulah kita di galakkan untuk melakukan qiamulail..pada saat ini juga hati akan menjadi tenteram dan nyaman..hati menjadi lembut,bahagia dan mudah menerima kebenaran dari Allah..



Eh kejap..adakah dengan sering bertahajud dapat menjamin kelembutan hati kita??oh itu belum tentu..eh tu macam mana pulak?? Banyak orang yang bertahajud namun hatinya masih tidak juga mengalami perubahan..sudah berpuluhan kali kita mendirikan solat malam tapi tak ada pun hasilnya walaupun sedikit..kenapa boleh jadi macam tu?? Oh itu senang saja..jangan-jangan selama ini kita tidak sepenuhnya ikhlas mendirikan solat malam itu.. kita bertahajud hanya apabila ditimpa musibah ataupun meminta supaya diberikan keluasan rezeki..jarang sekali ada yang mahu mendirikan solat malam dalam keadaan apa pun..ya baik semasa senang mahupun susah..oh,macam tu ke??habis macam mana pulak tahajud ini dapat melembutkan hati?? Ok inilah caranya:


Bangun pada akhir sepertiga malam.basahi wajah dengan air wuduk.fokuskan fikiran kita pada Allah..lupakan segala masalah dalam hidup..ringkasnya,kita perlu member tumpuan yang sepenuhnya semasa bertahajud..seterusnya adalah fahami setiap bacaan dalam solat tahajud.tidak perlu tergesa-gesa,baca dengan perlahan-lahan dan hayati setiap ayat yang kita baca..insyaAllah bacaan kita itu mampu menyentuh hati kita..semasa mengangkat takbiratul ihram,ingat kepada Allah..lepaskan seluruh ikatan dunia.lupakan semua masalah dunia yang sedang kita alami..serahkan semua itu kepada Allah..hayati betapa indahnya dapat berdiri di hadapan Allah..sujud dengan baik dan benar..tidak perlu tergesa-gesa..hayati nikmat bersujud pada keheningan malam.kalau kita mampu hayatinya kita akan berasa kita seolah-olah berada di tengah padang pasir yang luas dan kita adalah satu-satunya manusia yang terbaring lemas menanti pertolongan Allah..selepas selesai menunaikan solat malam,duduk sejenak.. ingati kesalahan-kesalahan masa lalu..kemudian berdoalah memohon keampunan dari Nya dengan penuh YAKIN dan khusyuk..memohon kepada Nya agar diperkuatkan keikhlasan kita dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar..hati kita mati atau sakit sebab terlalu banyak bergelumang dengan dosa..sebab tu lah kita perlu membersihkan hati kita setiap hari supaya hati menjadi lebih terang dan tenang..Lihat pada diri kita sendiri..sudah berapa banyak amal kebaikan yang kita ‘cetak’ sepanjang hidup?tanyakan pada diri adakah kita melakukan kebaikan itu semata-mata mengharapkan cinta Allah ataupun sekadar menunjuk-nunjuk di hadapan Allah?? Renung-renungkan..




Ala susahlah awak nak bangun malam..tak ada cara lain ke??eh ada..cara yang paling senang dan bila-bila masa pun kita boleh buat..tatkala tengah berjalan pun kita boleh buat..ha??apa tu?? Cuba cecita.. cara yang seterusnya ialah berzikir dan bertafakur..eh kejap..macam mana pulak berzikir yang di sertakan dengan bertafakur ini dapat melembutkan hati?? Kebanyakan orang suka berzikir tapi tidak bertafakur..ternyata melembutkan hati bukan hanya melalui berzikir kepada Allah.. setiap lantunan zikir sebaik-baiknya di ikuti dengan renungan ke dalam diri sendiri..memang dengan berzikir saja sudah cukup untuk kita dapat pahala..Zikir juga dapat menaikan darjat kita menjadi manusia yang dekat kepada Allah...Tapi adakah hanya itu yang kita mahukan??sekurang-kurangnya kita memiliki cita-cita bukan sekadar dekat dengan Allah tapi bertambah dekat denganNya setiap masa..



Macam mana nak bezakan zikir dengan tafakur?? Prof.Dr. Nasaruddin Umar ada menyatakan,
“semasa berwirid dan berzikir,kita seolah-olah aktif mengingati Allah dengan menyebut namaNya berulang kali..Namun apabila mula bertafakur,tidak ada lagi kata-kata dan hitungan,bahkan kita menjadi lebih fokus hanya kepada Allah. Apabila seseorang mula larut dalam tafakur,ia merasakan suatu kenikmatan yang luar biasa..pada saat inilah sepatutnya orang itu mula melenyapkan seluruh fikirannya daripada apa pun kecuali Allah..” secara ringkasnya apabila kita memberikan tumpuan kepada satu benda dan satu titik,seluruh jiwa kita turut berkerja keras..jiwa kita akan memperkuatkan fikiran..hasilnya hati bertambah lembut..insyaAllah..



Ha itulah antara langkah untuk melembutkan hati..semoga sahabat bertambah cerdas,berjaya dan dapat membentuk peribadi berhati lembut..senyum selalu..akhir kalam ana memohon seribu kemaafan andai nukilan ini masih ada kekurangan..kalau sahabat nak tambah silakan.. kuatkan hati,tingkatkan iman dan amal..insyaAllah..barakallah..assalamualaikum..

LUAHAN HATI KECIL SEORANG HAMBA ALLAH

Ciptaan : Ukhty Syifa Humairah

Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah...



hari ini ana ada baca banyak kata-kata sahabat ana berkenaan dengan penghijrahan..ana kagum dengan kekuatan mereka..berhijrah itu mungkin kelihatan sangat mudah..tapi bagi ana sukar..sebab bila kita berhijrah itu bermaksud kita lakukan perubahan dari jahat kepada baik..dari kurang baik menjadi baik,dari baik jadi lebih baik itu bukan dengan petik jari terus berubah..tapi penghijrahan memerlukan kekuatan rohani yang cukup tinggi..SABAR dan IKHLAS kunci yang sangat penting..kunci kepada jalan penghijrahan..ISTIQAMAH adalah dugaannya..sebut tentang istiqamah,cukup senang dilafazkan tapi sukar untuk dilakukan..betul tak?? eh ye ke?? ya sayang tapi bergantung pada keyakinan seseorang juga..yakin??pada siapa?? pada siapa lagi kalau bukan pada Allah..lepas itu yakin pada diri..



kejap..tak faham la..cuba terangkan boleh?? boleh..ok..biar ana terangkan..kenapa susah nak istiqamah..?? istiqamah bermaksud berterusan..berterusan dalam melakukan sesuatu yang dikehendaki..tak semua benda yang kita nak boleh dilakukan secara berterusan..la kenapa pulak?? ha awak lupa tentang sesuatu..lupa?? lupa apa pulak ni?? awak lupa tentang UJIAN @ DUGAAN yang Allah sandarkan dalam hidup kita..kenapa susah sangat nak istiqamah jawapannya ialah kerana UJIAN @ DUGAAN..kita ini hanya manusia biasa..di saat kita diduga Allah pasti kita terduduk dan menangis..ada ketika rasa dugaan yang datang itu sangatlah berat untuk dipikul..wahai sahabat ana,ingatlah Allah takkan duga kita melebihi kemampuan kita untuk menghadapinya..kita sepatutnya bersyukur bila di duga Allah sebab itu tanda Allah sayangkan kita..dugaan ini boleh datang pada bila-bila masa..tugas kita perlu bersiap sedia untuk menghadapinya..dugaan boleh datang dalam pelbagai bentuk..kita sendiri pun tak boleh ramalkan..tapi yang pasti apa yang datang pada kita itu adalah yang terbaik untuk kita rasakan..sekarang dunia pun semakin mencabar..banyak benda yang ada sekarang boleh buat kita jadi tergugat..contohnya macam mana?? ok sebelum itu ana nak tanya..macam mana dengan pergaulan sekarang?? macam mana dengan keadaan persekitaran kita sekarang?? nah itu dugaan besar dan menjadi salah satu punca kenapa susah nak istiqamah..tak ramai yang sedar tentang semua ini sebab mereka menganggap apa yang berlaku pada masa ini normal dan semuanya berlaku atas peredaran masa..sedar atau tak sedar kita sekarang seolah-olah berpusing semula ke zaman jahiliyah..ya Allah betul ke ni??betul atau tak cuba kita tanya pada diri kita sendiri..tepuk  dada tanya iman..ok?? bukan ana tak nak bagi jawapan tapi masing-masing ada hujah masing-masing..kan?? tergerak hati ana untuk berkongsikan sesuatu..iaitu luahan hati seorang hamba Allah yang berusaha melakukan perubahan..insyaAllah semoga melalui perkongsian ini segala persoalan yang terbuku di hati akan terjawab dan insyaAllah ana doakan sahabat dapat mengambil ikhtibar daripada perkongsian ini..ini bukan nak mengaibkan siapa-siapa..ini hanyalah perkongsian biasa untuk kita jadikan sebagai teladan dalam hidup..insyaAllah..


Luahan hati: (satu jalan cerita untuk dijadikan teladan)

assalamualaikum..

dear diari..

ya Allah pertama sekali ku panjatkan syukur kepadaMu atas apa yang Engkau kurniakan kepadaku pada hari ini..alhamdulillah aku berjaya menjadikan hari ini adalah lebih baik dari semalam..aku teringat tentang sesuatu..sesuatu yang begitu membantu aku untuk mencipta hari yang indah ini..dimana aku berjaya menjadi seorang insan yang lebih baik dari dulu..kisahnya bermula..

hari ini aku pergi jalan-jalan seorang diri di sebuah taman rekreasi..bila tengok keindahan dengan penuh penghayatan rasa tenang sangat..ketika khusyuk termenung aku terlihat sekumpulan wanita serba hitam..ya Allah,cantik sangat..bagusnya mereka dapat memelihara diri mereka dengan baik..tapi aku?? aku nak jadi macam mereka tapi kenapa tak boleh??apakah aku tidak layak jadi seperti mereka..??menjadi seorang yang sangat meneliti tentang penjagaan anugerah Allah untuk kaum hawa??aku teringin sangat nak jadi macam tu..tapi aku tak mampu..ya Allah kenapa?? dengan penuh tanda tanya aku bergegas beredar dari situ..dan dihadapanku...MASJID..dengan hati yang sayu aku melangkah ke rumah Allah..aku terus terduduk dan menangis..ya Allah,maafkan aku..aku tak layak minta sesuatu dariMu tapi aku ini hanyalah insan yang kerdil dan lemah..maafkan aku ya Allah kerana aku masih tak mampu jadi orang yang terbaik disisiMu...aku takut dengan seksaanMu tapi masih ada laranganMu yang aku masih lakukan..( ketika khusyuk berbicara dengan Allah datang seorang wanita yang berpakaian serba hitam,berpurdah menegurku).

hamba Allah: assalamualaikum..la tahzan(jangan bersedih)..kamu masih ada waktu untuk berusaha jadi seperti yang kamu inginkan..masih belum terlambat..

aku : tapi saya rasa macam dah terlambat..dan saya rasa saya tak dapat lakukannya..

hamba Allah: kenapa pula awak rasa terlambat??kenapa awak tak boleh lakukannya??

aku hanya mampu terdiam dan menangis..

hamba Allah: awak..la tahzan..awak percaya tak kalau saya cakap awak masih belum terlambat..dan awak mampu untuk lakukannya..??

aku: hentalah..kenapa awak begitu yakin??

hamba Allah: awak,punca pertama kenapa awak rasa awak susah sangat nak lakukan perubahan sebab awak tak yakin pada Allah dan awak tak yakin pada diri awak sendiri..awak,saya pun dah pernah rasa macam yang awak tengah rasa sekarang..dulu saya pun macam awak..kat rumah Allah ini jugalah saya mengeluh dan menangis..seperti yang awak alami sekarang..awak kira beruntung sebab keadaan awak sekarang masih dalam keadaan baik..kalau dibandingkan saya dengan awak,awak jauh lebih baik..

aku: kenapa pulak??

hamba Allah: Allah sayangkan awak..Allah bagi hidayah dan cahaya pada hati awak ketika awak masih dalam keadaan yang baik..awak sedar apa yang awak alami..tapi sayang awak tak yakin..kalau saya jadi awak,saya akan berusaha lagi untuk berubah dan mencari apa yang hilang dalam diri saya ni..

aku: mungkin..tapi kenapa bila saya dah mula berubah banyak sangat dugaan.??dan kadang-kadang saya pun terhanyut dengan arus kekalahan..

hamba Allah: nak lakukan perubahan ni bukan senang awak..kita kena banyak berkorban..saya faham keadaan awak..dugaan kat sekeliling kita ni tak pernah hilang..macam-macam ada..lagi-lagi keadaan persekitaran kita ni kurang sihat..kalau iman kita lemah,kita pun ikut sama..bukan saya nak cakap iman saya ni kuat tapi cukup sekadar saya mampu jauhkan diri dari perkara-perkara yang tak elok..apa-apa pun awak kena banyak berdoa..Allah ada bersama kita..di mana awak letak Allah dalam hidup awak di situlah Allah akan ada untuk awak..kalau awak letak Allah dihati,awak pasti dapat merasakan yang Allah sentiasa dekat dengan awak..insyaAllah rasa cinta awak kepada Allah akan makin mekar dan subur jika awak sentiasa siraminya dengan melakukan sesuatu kebaikan dengan penuh istiqamah..

sedikit demi sedikit aku mula rasa tenang..aku terus mendengar apa yang cuba disampaikan..

hamba Allah: awak patut bersyukur sebab awak ada keinginan seperti ini..tak ramai yang dapat rasa macam awak rasakan sekarang..kebanyakan orang tunggu hidayah Allah datang baru nak berubah..kalau macam awak,awak mencari..itu pun dah membezakan saya dengan awak..awak,pinta dan yakinlah kepada Allah tanpa rasa ragu..insyaAllah apa yang awak inginkan pasti awak akan dapat,,dan ingat..bila awak dah dapat apa yang nakkan,jangan lupa istiqamah..berusaha untuk upgrade iman awak..ok??insyaAllah saya akan doakan awak..(sambil senyum)

aku menangis teresak-esak lalu rebah..aku sendiri tak faham apa yang jadi..bila bangun baru aku sedar yang aku tertidur di rumah Allah sambil memeluk Al Quran.aku mencari wanita tersebut tapi dia hilang dari pandangan..sejak dari itu aku cuba untuk lakukan perubahan..ye memang susah,,namun segalanya berjaya aku atasi dengan baik..alhamdulillah..terima kasih ya Allah..terima kasih kerana menambahkan keyakinan ku..tamat..


nah macam mana??masing-masing ada pendapat masing-masing,,insyaAllah semoga apa yang ana kongsikan ini serba sedikit jadi teladan buat diri ana dan kita semua..akhir kalam..semoga berjaya sahabat..maaf jika ada kecacatan dalam nukilan ini,,kalau nak tambah silakan..sharing is caring..hehe..senyum selalu..assalamualaikum,,




* ila,la tahzan..berusaha dan yakinlah kepada Allah..(pesanan buat diri ana yang jahil ini) :'(

Sunday, 2 December 2012

Kau Tercipta Untukku

Ciptaan : Ukhty Syifa Humairah


Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah...



alhamdulillah malam ni ana tergerak hati nak berkongsi sesuatu..bagi ana sangat bermakna..insyaAllah sahabat pun pasti menganggap apa yang ana akan katakan ini bermakna dalam hidup sahabat..insyaAllah...selamat membaca..




.idea ini mula tercipta di saat ana meluangkan masa melihat wajah-wajah sahabat ana..teringat apa yang pernah kita lakukan bersama-sama dulu..gelak tawa kalian masih ana ingat..suka duka kita bersama..kita di ibaratkan seperti sebuah keluarga yang sangat bahagia bila kita semua kumpul bersama..bila ana sedih kalian mesti berusaha pujuk ana..alhamdulillah ana bersyukur sangat sebab ana dipertemukan dengan sahabat..bagi ana kamu adalah yang terbaik dalam hidup ana..comel je kan??hehe..




Al Hakim ada menyatakan," sahabat yang sejati ialah orang yang dapat berkata benar kepadamu sebaliknya bukan orang yang membenarkan kata-katamu." agak-agak sahabat,apa maksudnya ya??berdasarkan apa yang ana faham, seorang manusia sangat memerlukan sahabat yang sentiasa sedia bersama kita  tatkala senang mahupun susah.bukan itu sahaja,kita juga sangat memerlukan seorang sahabat yang mampu membantu kita dalam meneruskan kehidupan yang semakin lama semakin mencabar..semua orang memiliki sahabat yang sentiasa membenarkan kata-kata kita..kan?? itulah yang majoriti semua orang miliki..sahabat yang sentiasa membenarkan kata-kata kita ni bukannya tak baik,tapi kita harus berhati-hati kerana tak semua benda yang kita katakan adalah benar..untungnya bila kita ada sahabat yang dapat berkata benar kepada kita..ha??ye ke??kenapa pula?? eh untunglah..sahabat seperti itu tak ramai dan bukan mudah untuk kita miliki..bila kita nak lakukan sesuatu dia pasti akan bantu kita..eh yang tu macam mana pulak?? macam ni..kadang-kadang semua benda yang kita buat itu ada baik dan buruknya,,jadi bila sesuatu benda yang kita nak buat itu banyak memberi keburukan pada kita,dia pasti akan berusaha untuk tegur dan menghalang kita daripada melakukannya..wah sweet kan?? sahabat seperti itulah yang perlu kita cari..sahabat yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar..jadi bila kita dah dapat sahabat seperti  itu pesan ana janganlah kita sia-siakan..rugi kalau kita tak jaga elok-elok..manusia ni susah sikit..kenapa pulak susah??mana tak susah..bila dah sesuatu yang berharga tak pandai nak jaga,,lepas itu bila dia dah hilang mulalah menyesal tak sudah dan mencari-cari..ketika itu belum tentu lagi kita dapat temuinya lagi..jadi manfaatkan dan jaga sebaik mungkin sahabat yang kita miliki..ana teringat cerita tentang sahabat Rasulullah..sahabat baginda sangat setia malah mereka sanggup menggadaikan nyawa dan harta bagi membantu Rasulullah dalam meneruskan perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam..besar pengorbanan sahabat baginda kan?? mungkin ada yang akan cakap, "ala itu zaman Rasulullah,,semuanya setia..sekarang dah lain.." bagi ana mungkin zaman je yg lain..tapi ana yakin masih ada sahabat seperti itu..mungkin sukar untuk kita temui..insyaAllah ana yakin,sahabat yang ana miliki sekarang adalah sahabat yang baik..sebab kalian tak jemu-jemu tegur dan memberi nasihat kepada ana..terima kasih sahabat,.ana takkan sia-siakan kehadiran kalian kerana kalian adalah anugerah untuk ana dari Allah..




Saidina Ali pernah berkata, " selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.." oleh itu,hargai dan jagalah sahabat kita sebaik mungkin..ukhuwah yang terjalin antara kita itu indah jika kita hias dan jaganya dengan rapi..insyaAllah..akhi kalam,ana ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kalian kerana sudi menjadi sahabat ana..kadang kala ana terlalu banyak buat kerenah,kalian tetap layan dan sabar..terima kasih..semoga persahabatan antara kita sentiasa dalam keredaaNya...amin,insyaAllah...terima kasih kerana sudi membaca artikel ini..semoga menjadi buah yang manis di hati sahabat dan menjadikan sahabat seorang yang soleh dan solehah serta orang yang lebih baik dari semalam,,insyaAllah..assalamualaikum.. :)


* senyumlah walaupun hati kita sedang dilanda kesedihan..ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita...

Indahnya Nikmat

Ciptaan : Ukhty Syifa Humairah


Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah...


alhamdulillah hari ini Allah masih beri kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat semua..apa yang ana tulis ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman ana dan sahabat2 ana..semoga apa yang ana cuba sampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat yang lain pada masa hadapan..insyaAllah..:) selamat membaca..



hampir setiap masa,setiap detik Allah akan berikan kita sesuatu..semuanya dalam pelbagai bentuk..contohnya kesakitan,kesedihan,kegembiraan,rezeki,kesihatan,iman,islam dan sebagainya..namun sayang sekali masih ramai yang masih belum memahami dan bersyukur dengan apa yang kita semua miliki.. memang benar semua itu hanyalah pinjaman dari Allah tapi pernah tak kita semua terfikir kalau kita bagi orang pinjam sesuatu tapi orang tu tak jaga barang kita dengan baik,apa perasaan kita pada ketika itu?? tepuk ada tanya iman...seteruk macam mana sekalipun kita abaikan anugerah dan amanat dari Allah, Allah tak pernah nak ambil balik nikmat itu dengan sekelip mata..betul kan?? malah Allah Maha Pemurah dan Maha Pengampun..Allah masih berikan kita banyak peluang dan masa untuk menjaga amanat dan anugerah itu dengan baik..kalau Allah nak ingatkan kita pun Allah ingatkan kita dengan cara yang baik..contohnya kalau kita tersasar jauh Allah titipkan seseorang kepada kita untuk ingatkan..kalau kita lalai Allah hantarkan peringatan melalui kesakitan atau kehilangan sesuatu..banyak lagi cara Allah nak ingatkan kita..jadi bersangka baiklah kepada Allah..bagaimana caranya??senang saja...bila mulakan sesuatu bacalah basmallah..bila sudahi sesuatu sebutlah alhamdulillah..bila kita sakit,sebutlah alhamdulillah..dan tingkatkan amal ibadat kita kepada Allah..nah banyak benda yang boleh kita buat.. tapi benda-benda ini lah yang kita jarang buat sebab nampak kecil dan remeh temeh..kan?? selagi masa masih ada,manfaatkanlah sepenuhnya..jangan bila waktu semakin sempit baru nak buat semua benda..ketika itu dah tak jadi dah.. jadi di saat  ini masa kita masih ada.. cuba kita tanya pada diri kita sendiri..adakah kita dah buat dan jaga semua benda yang Allah berikan kepada kita dengan baik?? sejujurnya ana cakap,setiap kali ana buka fb ini kat home ana penuh dengan peringatan sahabat-sahabat ana yang tak jemu-jemu mengingatkan supaya menutup aurat dengan sempurna.. ana nak ucapkan terima kasih sangat sebab tak pernah jemu untuk tegur dan ingatkan setiap masa..Aurat itu pun satu anugerah yang terindah..bagi kaum hawa,aurat adalah mahkota yang sangat penting untuk dijaga dengan rapi dan sempurna..itu satu nikmat untuk kita yang bergelar wanita..mahkota yang indah dan kerana mahkota ini jugalah boleh meruntuhkan segalanya..em..ye ke?? dengan yakin ana akan cakap YA..Ahli Sunnah Waljamaah mengatakan iman boleh bertambah dan berkurang...jadi kegagalan dalam menjaga mahkota dengan baik dapat mengurangkan keimanan..eh kenapa pulak?? tak apa..biar ana terangkan dengan lebih jelas...sebagai contoh,kalau kita dedahkan aurat kita,orang lain nampak..satu, dosa mula tercipta...orang yang nampak tu puji kita..akan lahir perasaan riya' dalam diri...dah jadi satu kesalahan..itu yang kedua..yang ketiga bila kita riya' kita mula sombong...yang keempat semakin orang puji semakin menjadi-jadi..maksudnya,makin banyak aurat yang terdedah..yang kelima inilah jadi salah satu punca kenapa ada kes rogol,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..kalau nak diterangkan satu persatu memang banyak..jadi pesan ana satu saja,cuba renung pada diri kita..kebanyakan manusia suka menangis kerana manusia..tanya pada diri kita sendiri,berapa kali kita pernah menangis kerana Allah??berapa kali kita pernah menangis kerana dosa yang kita lakukan?? dan  berapa kali kita pernah bertaubat kepada Allah?? Allah sentiasa menunggu kita dengan penuh kesabaran...tatkala kita sedang berduka Allah hadirkan air mata..kalau kita menangis kerana Allah,Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang.. indahkan?? dan ketenangan mula menempa dalam hati.. lalu kita dapat mencipta sesuatu yang lebih indah untuk esok dan hari-hari mendatang..ya Allah, semua tu memang indah sangat..


tapi usah mengeluh usah risau..masa kita masih ada..dan ingatlah orang lain tak boleh ubah kita tapi kita yang hanya boleh ubah diri kita..orang-orang di sekeliling kita hanya mampu menasihatkan dan mendoakan kita..dan ingatlah dalam melakukan perubahan yang lebih baik perlukan masa,kesabaran.keilkhlasan dan pengorbanan yang tinggi..di sini lah Allah ingin lihat sejauh mana kesungguhan kita dalam melakukan perubahan..jangan hanya tunggu hidayah Allah baru nak berubah..tapi kita perlu sentiasa mengharapkan hidayah Allah agar keredhaan dan hidayah Allah sentiasa mengiringi kita di mana saja..insyaAllah siapa yang berusaha pasti ada kemanisan dan ganjaran baik yang sedang menanti..dalam kepahitan berbuah kemanisan..insyaAllah..senyum selalu..muhasabah diri..dan tingkatkan amal ibadat kita..lakukan yang terbaik sebelum terlambat.. :) Akhir kalam,ana mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau melukakan hati-hati sahabat..maaf jika ada yang tak lengkap kerana ana masih belajar..ilmu ana tak sehebat ilmu yang sahabat miliki...maafkan ana..apa yang ana tahu ana akan kongsikan..kalau nak tambah silakan ye..sharing is caring..terima kasih kerana sudi membaca artikel ini..semoga menjadi buah yang manis di hati sahabat dan menjadikan sahabat seorang yang soleh dan solehah serta orang yang lebih baik dari semalam,,insyaAllah..assalamualaikum.. :)


*peringatan buat diri ana yang hina ini juga..:)

SALAH REMAJA

Ibu selalu cakap,
"Kamu ni kalau kawan call ke, ajak keluar ke...laju je. Panas ke, hujan ke, ribut ke...tetap nak keluar. Tapi kalau ibu & ayah call, minta tolong...punya la malas. Ada saja alasan kamu. Muka tu kalau tak berkerut & tak bentak balik, tak sah"

*KENAPA?

1. SEBAB AKU LUPA bahawa seorang kawan takkan boleh beri kasih sayang yang sama sebagai sebuah keluarga.
2. SEBAB AKU FIKIR AKU DAH CUKUP DEWASA untuk memilih jalan hidup sendiri.
3. SEBAB AKU ALPHA dalam menilai kesabaran mereka membesar & mendidik aku.

Ikhlas dari,
Seorang Penumpang Kasih.

CUKUP JUJURKAH AKU?

Gagal dalam keyakinan
Lemah dalam keberanian
Angkuh dalam kepastian

Menangis dalam kegembiraan






Penipuan yang sebenar adalah apabila kita menipu diri sendiri
Hanya kerana ingin menyelamatkan diri dari terus berbohong