melangkah mengenal dunia untuk mengenali diri sendiri DAN lebih matang dari yang sebelumnya
Kekal Bersama :-
Monday, 10 December 2012
LEMBUTKAN HATIMU SAYANG - PART 2
Ciptaan: Ukhty Syifa Humairah
Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah..
Alhamdulillah ya Allah..dengan ilmu yang Allah berikan ini ana akan sambung nukilan ana bertajuk LEMBUTKAN HATIMU SAYANG.. kali ini ana akan terangkan dengan lebih lanjut langkah melembutkan hati dengan kecerdasan spiritual..atas permintaan sahabat ana,ana akan terangkan langkah-langkah lain bagi melembutkan hati..insyaAllah..selamat membaca..
Yes,terima kasih awak..cepat-cepat sambung,,hehe..maaf..eh tak pe..seronok ye..alhamdulillah..ok biar ana terangkan langkah selanjutnya ialah kita dapat melembutkan hati dengan cara berpuasa(menahan nafsu)..puasa menjana keperibadian muslim..setiap tahun,kita menjalani puasa selama sebulan penuh..Namun,mungkin selama ini kita berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga saja..sedangkan mulut,tangan dan anggota badan yang lainnya tidak turut berpuasa..ha kejap..saya tak faham lah..semua anggota turut berpuasa ke?? Iye sayang..semua anggota turut berpuasa..berpuasa ini bukan hanya tak makan dan minum tapi kita menahan diri kita daripada nafsu yang kita miliki..kalau kita tak berjaya mengawal nafsu dengan baik,kelak memberi kesan buruk kepada kita.. ha?? contohnya?? Ok,paling senang ana bagi contoh tentang zina..zina ni ada banyak jenis..ada zina hati,zina mata,zina telinga,zina kaki dan sebagainya..kalau kita tak mampu mengawal nafsu itu bermakna hidup kita banyak di pimpin oleh nafsu..sebab tu lah juga terdorong kita melakukan zina dalam keadaan kita sendiri pun tak sedar..oh macam tu rupanya..ok ana sambung ye..mungkin sejak kecil kita sekadar berpuasa seperti biasa..kita memahami maksud berpuasa hanyalah sekadar menahan lapar,kemudian kewajipan kita selesai di hadapan Allah.. Oleh itu tak mustahil kita tidak medapat apa-apa daripada puasa kita..cuba kita renung-renungkan sesuatu..tanya pada diri kita sendiri.selepas bulan puasa berlalu,adakah kita tetap meneruskan dengan puasa sunat?? Mungkinkah kita tidak pernah berpuasa?? Maksud ana melakukan puasa-puasa sunat.. .. sebelum itu ana minta maaf ya sahabat.. ini hanya melalui pembacaan ana..kalau salah tegur ye..ana ada terbaca satu buku motivasi..pengarang ada menjelaskan tentang puasa batin..ha?? puasa batin?? Apa tu?? Melalui pembacaan ana,puasa batin adalah menahan segala nafsu kita,menahan pandangan,telinga dan seluruh anggota tubuh daripada segala larangan Allah.. puasa batin sangat lah baik jika dibandingkan dengan mereka yang menahan lapar dan dahaga sedangkan batin mereka menurut kepada nafsu..jika kita berlatih dengan bersungguh-sungguh secara automatiknya spiritual kita akan menjadi subur dan baik..kenapa pulak?? Sebab kita akan lebih merasakan adanya pengawasan Allah..nak buat sesuatu fikir banyak kali..oleh itu kemampuan spiritual kita meningkat dan hati juga akan menjadi semakin lembut..bukan saja dapat melembutkan hati malah dapat membantu kita membentuk diri dengan sifat-sifat mahmudah(berakhlak mulia)..insyaAllah..
Oh ok..ada cara lain tak?? Ada..membaca al Quran dan fahamkan maksudnya itu juga merupakan salah satu langkah yang terbaik untuk melembutkan hati..kebanyakan orang suka membaca al Quran tapi tak faham apa isi kandungan ayatnya sebab tak faham bahasa arab..ana pun bukannya fasih dalam bahasa arab..jadi untuk memudahkan ana faham apa yang cuba di sampaikan Allah ana beli Tafsir al Quran..lebih mudah untuk kita faham kan?? insyaAllah..membaca al Quran dapat menenangkan hati yang gundah malah dapat member sinaran cahaya kepada hati supaya lebih mudah menerima sesuatu..ana teringat kisah Saidina Umar al Khattab..kisah di mana pada satu ketika beliau terdengar seseorang membaca al Quran dengan penuh khusyuk sehingga di saat beliau terdengar akan alunan suara itu telah menyentuh hatinya..dan akhirnya dengan hidayah Allah Saidina Umar al Khattab telah memeluk agama Islam..ha hebatkan??bukan saja memberi kebaikan kepada orang yang membaca al Quran tapi orang yang mendengarnya pun dapat kelebihannya.. itulah kekuatan dan keistimewaan al Quran,mukjizat dari Allah..ana yakin jika ana katakan dengan membaca al Quran dan fahankan maksudnya dapat melembutkan hati sahabat ana juga pasti setuju..kejap..tapi kan awak..macam mana cara untuk menjadi seorang yang menghayati al Quran?? Caranya ialah istiqamah membaca al Quran sepanjang masa..berusaha mempelajari maksud al Quran dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian..sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan Al Quran..mempelajari cara mentahsinkan al Quran dengan membaca secara tajwid,tertil dan bertarannum..akhir sekali mengajar orang lain membaca dan memahami Al Quran..insyaAllah dengan penghayatan seperti ini dapat melembutkan hati kita..ala awak,ada lagi istiqamah..iye awak..istiqamah ini penting dalam kehidupan.kita dah tak boleh lari dari istiqamah dalam sesuatu perkara..em ok awak..
Ada lagi ke awak?? Masih ada satu lagi langkah..apa dia awak?? Langkah yang terakhir ialah mendampingi alim ulama atau orang-orang soleh..eh susah tu awak..susah nak cari..itu hujah awak..kalau awak yakin dan berusaha awak pasti dapat jumpa mereka..insyaAllah..ok awak..tapi macam mana pulak dengan mendampingi orang-orang alim dan soleh ni dapat melembutkan hati?? Macam ni,kalau kita sering rapat dengan orang alim ulama dan orang soleh banyak input yang boleh kita dapat..selalunya mereka ini akan berusaha memperbaiki diri mereka..kita pernah dengar kalau kita rapat dengan penjual minyak wangi,kelak kita pun akan berbau wangi juga..nah kalau kita sentiasa mendampingi mereka, sedikit demi sedikit kita pun akan terikut-ikut kan?? Itulah kebaikannya..insyaAllah bila bersama mereka juga hati kita akan berasa tenang setelah di tarbiahkan dengan ilmu-ilmu Allah..sekarang awak faham kan??oh ok awak..terima kasih..
Alhamdulillah setakat itu saja yang mampu ana kongsikan..insyaAllah kalau ada di antara sahabat ana nak menambah silakan..kita kongsikan ilmu bersama ya..insyaAllah..akhir kalam, ana memohon maaf dan mohon teguran dari sahabat jika ada isi nukilan ana yang tak betul..syukran ya sahabat..salam ukhuwah fillah dari ana,,senyum selalu..barakallah..assalamualaikum.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment