Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah...
alhamdulillah malam ni ana tergerak hati nak berkongsi sesuatu..bagi ana sangat bermakna..insyaAllah sahabat pun pasti menganggap apa yang ana akan katakan ini bermakna dalam hidup sahabat..insyaAllah...selamat membaca..
.idea ini mula tercipta di saat ana meluangkan masa melihat wajah-wajah sahabat ana..teringat apa yang pernah kita lakukan bersama-sama dulu..gelak tawa kalian masih ana ingat..suka duka kita bersama..kita di ibaratkan seperti sebuah keluarga yang sangat bahagia bila kita semua kumpul bersama..bila ana sedih kalian mesti berusaha pujuk ana..alhamdulillah ana bersyukur sangat sebab ana dipertemukan dengan sahabat..bagi ana kamu adalah yang terbaik dalam hidup ana..comel je kan??hehe..
Al Hakim ada menyatakan," sahabat yang sejati ialah orang yang dapat berkata benar kepadamu sebaliknya bukan orang yang membenarkan kata-katamu." agak-agak sahabat,apa maksudnya ya??berdasarkan apa yang ana faham, seorang manusia sangat memerlukan sahabat yang sentiasa sedia bersama kita tatkala senang mahupun susah.bukan itu sahaja,kita juga sangat memerlukan seorang sahabat yang mampu membantu kita dalam meneruskan kehidupan yang semakin lama semakin mencabar..semua orang memiliki sahabat yang sentiasa membenarkan kata-kata kita..kan?? itulah yang majoriti semua orang miliki..sahabat yang sentiasa membenarkan kata-kata kita ni bukannya tak baik,tapi kita harus berhati-hati kerana tak semua benda yang kita katakan adalah benar..untungnya bila kita ada sahabat yang dapat berkata benar kepada kita..ha??ye ke??kenapa pula?? eh untunglah..sahabat seperti itu tak ramai dan bukan mudah untuk kita miliki..bila kita nak lakukan sesuatu dia pasti akan bantu kita..eh yang tu macam mana pulak?? macam ni..kadang-kadang semua benda yang kita buat itu ada baik dan buruknya,,jadi bila sesuatu benda yang kita nak buat itu banyak memberi keburukan pada kita,dia pasti akan berusaha untuk tegur dan menghalang kita daripada melakukannya..wah sweet kan?? sahabat seperti itulah yang perlu kita cari..sahabat yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar..jadi bila kita dah dapat sahabat seperti itu pesan ana janganlah kita sia-siakan..rugi kalau kita tak jaga elok-elok..manusia ni susah sikit..kenapa pulak susah??mana tak susah..bila dah sesuatu yang berharga tak pandai nak jaga,,lepas itu bila dia dah hilang mulalah menyesal tak sudah dan mencari-cari..ketika itu belum tentu lagi kita dapat temuinya lagi..jadi manfaatkan dan jaga sebaik mungkin sahabat yang kita miliki..ana teringat cerita tentang sahabat Rasulullah..sahabat baginda sangat setia malah mereka sanggup menggadaikan nyawa dan harta bagi membantu Rasulullah dalam meneruskan perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam..besar pengorbanan sahabat baginda kan?? mungkin ada yang akan cakap, "ala itu zaman Rasulullah,,semuanya setia..sekarang dah lain.." bagi ana mungkin zaman je yg lain..tapi ana yakin masih ada sahabat seperti itu..mungkin sukar untuk kita temui..insyaAllah ana yakin,sahabat yang ana miliki sekarang adalah sahabat yang baik..sebab kalian tak jemu-jemu tegur dan memberi nasihat kepada ana..terima kasih sahabat,.ana takkan sia-siakan kehadiran kalian kerana kalian adalah anugerah untuk ana dari Allah..
Saidina Ali pernah berkata, " selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.." oleh itu,hargai dan jagalah sahabat kita sebaik mungkin..ukhuwah yang terjalin antara kita itu indah jika kita hias dan jaganya dengan rapi..insyaAllah..akhi kalam,ana ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kalian kerana sudi menjadi sahabat ana..kadang kala ana terlalu banyak buat kerenah,kalian tetap layan dan sabar..terima kasih..semoga persahabatan antara kita sentiasa dalam keredaaNya...amin,insyaAllah...terima kasih kerana sudi membaca artikel ini..semoga menjadi buah yang manis di hati sahabat dan menjadikan sahabat seorang yang soleh dan solehah serta orang yang lebih baik dari semalam,,insyaAllah..assalamualaikum.. :)
* senyumlah walaupun hati kita sedang dilanda kesedihan..ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita...
No comments:
Post a Comment