Ciptaan : Ukhty Syifa Humairah
Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah...
hari ini ana ada baca banyak kata-kata sahabat ana berkenaan dengan penghijrahan..ana kagum dengan kekuatan mereka..berhijrah itu mungkin kelihatan sangat mudah..tapi bagi ana sukar..sebab bila kita berhijrah itu bermaksud kita lakukan perubahan dari jahat kepada baik..dari kurang baik menjadi baik,dari baik jadi lebih baik itu bukan dengan petik jari terus berubah..tapi penghijrahan memerlukan kekuatan rohani yang cukup tinggi..SABAR dan IKHLAS kunci yang sangat penting..kunci kepada jalan penghijrahan..ISTIQAMAH adalah dugaannya..sebut tentang istiqamah,cukup senang dilafazkan tapi sukar untuk dilakukan..betul tak?? eh ye ke?? ya sayang tapi bergantung pada keyakinan seseorang juga..yakin??pada siapa?? pada siapa lagi kalau bukan pada Allah..lepas itu yakin pada diri..
kejap..tak faham la..cuba terangkan boleh?? boleh..ok..biar ana terangkan..kenapa susah nak istiqamah..?? istiqamah bermaksud berterusan..berterusan dalam melakukan sesuatu yang dikehendaki..tak semua benda yang kita nak boleh dilakukan secara berterusan..la kenapa pulak?? ha awak lupa tentang sesuatu..lupa?? lupa apa pulak ni?? awak lupa tentang UJIAN @ DUGAAN yang Allah sandarkan dalam hidup kita..kenapa susah sangat nak istiqamah jawapannya ialah kerana UJIAN @ DUGAAN..kita ini hanya manusia biasa..di saat kita diduga Allah pasti kita terduduk dan menangis..ada ketika rasa dugaan yang datang itu sangatlah berat untuk dipikul..wahai sahabat ana,ingatlah Allah takkan duga kita melebihi kemampuan kita untuk menghadapinya..kita sepatutnya bersyukur bila di duga Allah sebab itu tanda Allah sayangkan kita..dugaan ini boleh datang pada bila-bila masa..tugas kita perlu bersiap sedia untuk menghadapinya..dugaan boleh datang dalam pelbagai bentuk..kita sendiri pun tak boleh ramalkan..tapi yang pasti apa yang datang pada kita itu adalah yang terbaik untuk kita rasakan..sekarang dunia pun semakin mencabar..banyak benda yang ada sekarang boleh buat kita jadi tergugat..contohnya macam mana?? ok sebelum itu ana nak tanya..macam mana dengan pergaulan sekarang?? macam mana dengan keadaan persekitaran kita sekarang?? nah itu dugaan besar dan menjadi salah satu punca kenapa susah nak istiqamah..tak ramai yang sedar tentang semua ini sebab mereka menganggap apa yang berlaku pada masa ini normal dan semuanya berlaku atas peredaran masa..sedar atau tak sedar kita sekarang seolah-olah berpusing semula ke zaman jahiliyah..ya Allah betul ke ni??betul atau tak cuba kita tanya pada diri kita sendiri..tepuk dada tanya iman..ok?? bukan ana tak nak bagi jawapan tapi masing-masing ada hujah masing-masing..kan?? tergerak hati ana untuk berkongsikan sesuatu..iaitu luahan hati seorang hamba Allah yang berusaha melakukan perubahan..insyaAllah semoga melalui perkongsian ini segala persoalan yang terbuku di hati akan terjawab dan insyaAllah ana doakan sahabat dapat mengambil ikhtibar daripada perkongsian ini..ini bukan nak mengaibkan siapa-siapa..ini hanyalah perkongsian biasa untuk kita jadikan sebagai teladan dalam hidup..insyaAllah..
Luahan hati: (satu jalan cerita untuk dijadikan teladan)
assalamualaikum..
dear diari..
ya Allah pertama sekali ku panjatkan syukur kepadaMu atas apa yang Engkau kurniakan kepadaku pada hari ini..alhamdulillah aku berjaya menjadikan hari ini adalah lebih baik dari semalam..aku teringat tentang sesuatu..sesuatu yang begitu membantu aku untuk mencipta hari yang indah ini..dimana aku berjaya menjadi seorang insan yang lebih baik dari dulu..kisahnya bermula..
hari ini aku pergi jalan-jalan seorang diri di sebuah taman rekreasi..bila tengok keindahan dengan penuh penghayatan rasa tenang sangat..ketika khusyuk termenung aku terlihat sekumpulan wanita serba hitam..ya Allah,cantik sangat..bagusnya mereka dapat memelihara diri mereka dengan baik..tapi aku?? aku nak jadi macam mereka tapi kenapa tak boleh??apakah aku tidak layak jadi seperti mereka..??menjadi seorang yang sangat meneliti tentang penjagaan anugerah Allah untuk kaum hawa??aku teringin sangat nak jadi macam tu..tapi aku tak mampu..ya Allah kenapa?? dengan penuh tanda tanya aku bergegas beredar dari situ..dan dihadapanku...MASJID..dengan hati yang sayu aku melangkah ke rumah Allah..aku terus terduduk dan menangis..ya Allah,maafkan aku..aku tak layak minta sesuatu dariMu tapi aku ini hanyalah insan yang kerdil dan lemah..maafkan aku ya Allah kerana aku masih tak mampu jadi orang yang terbaik disisiMu...aku takut dengan seksaanMu tapi masih ada laranganMu yang aku masih lakukan..( ketika khusyuk berbicara dengan Allah datang seorang wanita yang berpakaian serba hitam,berpurdah menegurku).
hamba Allah: assalamualaikum..la tahzan(jangan bersedih)..kamu masih ada waktu untuk berusaha jadi seperti yang kamu inginkan..masih belum terlambat..
aku : tapi saya rasa macam dah terlambat..dan saya rasa saya tak dapat lakukannya..
hamba Allah: kenapa pula awak rasa terlambat??kenapa awak tak boleh lakukannya??
aku hanya mampu terdiam dan menangis..
hamba Allah: awak..la tahzan..awak percaya tak kalau saya cakap awak masih belum terlambat..dan awak mampu untuk lakukannya..??
aku: hentalah..kenapa awak begitu yakin??
hamba Allah: awak,punca pertama kenapa awak rasa awak susah sangat nak lakukan perubahan sebab awak tak yakin pada Allah dan awak tak yakin pada diri awak sendiri..awak,saya pun dah pernah rasa macam yang awak tengah rasa sekarang..dulu saya pun macam awak..kat rumah Allah ini jugalah saya mengeluh dan menangis..seperti yang awak alami sekarang..awak kira beruntung sebab keadaan awak sekarang masih dalam keadaan baik..kalau dibandingkan saya dengan awak,awak jauh lebih baik..
aku: kenapa pulak??
hamba Allah: Allah sayangkan awak..Allah bagi hidayah dan cahaya pada hati awak ketika awak masih dalam keadaan yang baik..awak sedar apa yang awak alami..tapi sayang awak tak yakin..kalau saya jadi awak,saya akan berusaha lagi untuk berubah dan mencari apa yang hilang dalam diri saya ni..
aku: mungkin..tapi kenapa bila saya dah mula berubah banyak sangat dugaan.??dan kadang-kadang saya pun terhanyut dengan arus kekalahan..
hamba Allah: nak lakukan perubahan ni bukan senang awak..kita kena banyak berkorban..saya faham keadaan awak..dugaan kat sekeliling kita ni tak pernah hilang..macam-macam ada..lagi-lagi keadaan persekitaran kita ni kurang sihat..kalau iman kita lemah,kita pun ikut sama..bukan saya nak cakap iman saya ni kuat tapi cukup sekadar saya mampu jauhkan diri dari perkara-perkara yang tak elok..apa-apa pun awak kena banyak berdoa..Allah ada bersama kita..di mana awak letak Allah dalam hidup awak di situlah Allah akan ada untuk awak..kalau awak letak Allah dihati,awak pasti dapat merasakan yang Allah sentiasa dekat dengan awak..insyaAllah rasa cinta awak kepada Allah akan makin mekar dan subur jika awak sentiasa siraminya dengan melakukan sesuatu kebaikan dengan penuh istiqamah..
sedikit demi sedikit aku mula rasa tenang..aku terus mendengar apa yang cuba disampaikan..
hamba Allah: awak patut bersyukur sebab awak ada keinginan seperti ini..tak ramai yang dapat rasa macam awak rasakan sekarang..kebanyakan orang tunggu hidayah Allah datang baru nak berubah..kalau macam awak,awak mencari..itu pun dah membezakan saya dengan awak..awak,pinta dan yakinlah kepada Allah tanpa rasa ragu..insyaAllah apa yang awak inginkan pasti awak akan dapat,,dan ingat..bila awak dah dapat apa yang nakkan,jangan lupa istiqamah..berusaha untuk upgrade iman awak..ok??insyaAllah saya akan doakan awak..(sambil senyum)
aku menangis teresak-esak lalu rebah..aku sendiri tak faham apa yang jadi..bila bangun baru aku sedar yang aku tertidur di rumah Allah sambil memeluk Al Quran.aku mencari wanita tersebut tapi dia hilang dari pandangan..sejak dari itu aku cuba untuk lakukan perubahan..ye memang susah,,namun segalanya berjaya aku atasi dengan baik..alhamdulillah..terima kasih ya Allah..terima kasih kerana menambahkan keyakinan ku..tamat..
nah macam mana??masing-masing ada pendapat masing-masing,,insyaAllah semoga apa yang ana kongsikan ini serba sedikit jadi teladan buat diri ana dan kita semua..akhir kalam..semoga berjaya sahabat..maaf jika ada kecacatan dalam nukilan ini,,kalau nak tambah silakan..sharing is caring..hehe..senyum selalu..assalamualaikum,,
* ila,la tahzan..berusaha dan yakinlah kepada Allah..(pesanan buat diri ana yang jahil ini) :'(
No comments:
Post a Comment