Ciptaan: Ukhty Syifa Humairah
Bismillahirahmanirrahim....Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,segala puji bagiMu ya Allah..
Alhamdulillah hari ini Allah masih berikan ana kesempatan untuk berkongsikan sesuatu dengan sahabat.. ada sahabat ana bertanya kepada ana macam mana nak lembutkan hati ye??rasa macam susah sangat nak lembutkan hati ni..eh siapa cakap?? Senang je..senang bagi orang yang berusaha..ha ini ana ada cara untuk lembutkan hati dengan kecerdasan spiritual..ha sudah??macam mana pulak tu?? Jangan risau..ana akan terangkan ye..mai ana kongsikan.. harap dapat dimanfaatkan bersama..insyaAllah..selamat membaca.. :)
Kita tahu betapa pentingnya kebersihan hati.kita juga tahu kecerdasan spiritual dapat melembutkan hati..ha??ye ke??tak pernah dengar pun..hehe..adalah..ok sekarang ana akan kongsikan langkah yang terbaik bagi melembutkan hati melalui kecerdasan spiritual..langkahnya ialah melakukan solat malam atau pun dikenali sebagai qiamulail..macam mana qiamulail boleh melembutkan hati?? Bertahajudlah!! Inilah perintah yang didengung-dengungkan oleh Allah dalam lantunan ayat-ayatNya..Nabi Muhammad juga beberapa kali memberikan galakan kepada kita supaya gemar bertahajud..ala kenapa pulak?? Sebab melalui bertahajudlah hati kita menjadi lembut bercahaya..eh ye ke?? Iye sayang.. sering kali kita merasakan diri lebih dekat dengan Allah semasa bertahajud..sehingga kita sendiri kadang-kadang tak sedar air mata kita berlinangan..kita merasakan betapa hinanya diri kita..Dalam proses inilah terungkap segala keburukan kita..kesedaran mahu berubah juga semakin kuat.. dalam surah al-Muzammil ayat 6 ada menjelaskan tentang kebaikan qiamulail yang bermaksud:
“Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat bagi khusyuk dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan.”
Em tak faham lah..tak mengapa biar ana jelaskan..maksud ayat di atas menggambarkan jika kita memohon sesuatu dari Allah pada waktu itu lebih mudah di kabulkan dan apa yang kita luahkan pada ketika itu lebih mudah untuk meresap ke dalam hati..sebab itulah kita di galakkan untuk melakukan qiamulail..pada saat ini juga hati akan menjadi tenteram dan nyaman..hati menjadi lembut,bahagia dan mudah menerima kebenaran dari Allah..
Eh kejap..adakah dengan sering bertahajud dapat menjamin kelembutan hati kita??oh itu belum tentu..eh tu macam mana pulak?? Banyak orang yang bertahajud namun hatinya masih tidak juga mengalami perubahan..sudah berpuluhan kali kita mendirikan solat malam tapi tak ada pun hasilnya walaupun sedikit..kenapa boleh jadi macam tu?? Oh itu senang saja..jangan-jangan selama ini kita tidak sepenuhnya ikhlas mendirikan solat malam itu.. kita bertahajud hanya apabila ditimpa musibah ataupun meminta supaya diberikan keluasan rezeki..jarang sekali ada yang mahu mendirikan solat malam dalam keadaan apa pun..ya baik semasa senang mahupun susah..oh,macam tu ke??habis macam mana pulak tahajud ini dapat melembutkan hati?? Ok inilah caranya:
Bangun pada akhir sepertiga malam.basahi wajah dengan air wuduk.fokuskan fikiran kita pada Allah..lupakan segala masalah dalam hidup..ringkasnya,kita perlu member tumpuan yang sepenuhnya semasa bertahajud..seterusnya adalah fahami setiap bacaan dalam solat tahajud.tidak perlu tergesa-gesa,baca dengan perlahan-lahan dan hayati setiap ayat yang kita baca..insyaAllah bacaan kita itu mampu menyentuh hati kita..semasa mengangkat takbiratul ihram,ingat kepada Allah..lepaskan seluruh ikatan dunia.lupakan semua masalah dunia yang sedang kita alami..serahkan semua itu kepada Allah..hayati betapa indahnya dapat berdiri di hadapan Allah..sujud dengan baik dan benar..tidak perlu tergesa-gesa..hayati nikmat bersujud pada keheningan malam.kalau kita mampu hayatinya kita akan berasa kita seolah-olah berada di tengah padang pasir yang luas dan kita adalah satu-satunya manusia yang terbaring lemas menanti pertolongan Allah..selepas selesai menunaikan solat malam,duduk sejenak.. ingati kesalahan-kesalahan masa lalu..kemudian berdoalah memohon keampunan dari Nya dengan penuh YAKIN dan khusyuk..memohon kepada Nya agar diperkuatkan keikhlasan kita dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar..hati kita mati atau sakit sebab terlalu banyak bergelumang dengan dosa..sebab tu lah kita perlu membersihkan hati kita setiap hari supaya hati menjadi lebih terang dan tenang..Lihat pada diri kita sendiri..sudah berapa banyak amal kebaikan yang kita ‘cetak’ sepanjang hidup?tanyakan pada diri adakah kita melakukan kebaikan itu semata-mata mengharapkan cinta Allah ataupun sekadar menunjuk-nunjuk di hadapan Allah?? Renung-renungkan..
Ala susahlah awak nak bangun malam..tak ada cara lain ke??eh ada..cara yang paling senang dan bila-bila masa pun kita boleh buat..tatkala tengah berjalan pun kita boleh buat..ha??apa tu?? Cuba cecita.. cara yang seterusnya ialah berzikir dan bertafakur..eh kejap..macam mana pulak berzikir yang di sertakan dengan bertafakur ini dapat melembutkan hati?? Kebanyakan orang suka berzikir tapi tidak bertafakur..ternyata melembutkan hati bukan hanya melalui berzikir kepada Allah.. setiap lantunan zikir sebaik-baiknya di ikuti dengan renungan ke dalam diri sendiri..memang dengan berzikir saja sudah cukup untuk kita dapat pahala..Zikir juga dapat menaikan darjat kita menjadi manusia yang dekat kepada Allah...Tapi adakah hanya itu yang kita mahukan??sekurang-kurangnya kita memiliki cita-cita bukan sekadar dekat dengan Allah tapi bertambah dekat denganNya setiap masa..
Macam mana nak bezakan zikir dengan tafakur?? Prof.Dr. Nasaruddin Umar ada menyatakan,
“semasa berwirid dan berzikir,kita seolah-olah aktif mengingati Allah dengan menyebut namaNya berulang kali..Namun apabila mula bertafakur,tidak ada lagi kata-kata dan hitungan,bahkan kita menjadi lebih fokus hanya kepada Allah. Apabila seseorang mula larut dalam tafakur,ia merasakan suatu kenikmatan yang luar biasa..pada saat inilah sepatutnya orang itu mula melenyapkan seluruh fikirannya daripada apa pun kecuali Allah..” secara ringkasnya apabila kita memberikan tumpuan kepada satu benda dan satu titik,seluruh jiwa kita turut berkerja keras..jiwa kita akan memperkuatkan fikiran..hasilnya hati bertambah lembut..insyaAllah..
Ha itulah antara langkah untuk melembutkan hati..semoga sahabat bertambah cerdas,berjaya dan dapat membentuk peribadi berhati lembut..senyum selalu..akhir kalam ana memohon seribu kemaafan andai nukilan ini masih ada kekurangan..kalau sahabat nak tambah silakan.. kuatkan hati,tingkatkan iman dan amal..insyaAllah..barakallah..assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment